Friday, December 17, 2010

BERMULA DENGAN PUJIAN


1. Bismillahhirahmanirahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang'. Inilah perjalanan kehidupan untuk berjaya bermula dengan pujian kepada Allah s.w.t. Kita akan mencipta masa dengan kejayaan. Bagaimana caranya? Dalam ruangan ini saya akan berkongsi dengan semua pihak bagaimana cara untuk mencipta kejayaan. Sebagai orang Islam ramai teman-teman saya masih susah dan perjalanan mereka masih sukar, sedangkan mereka kuat bekerja dan mempunyai impian. Kenapa begitu? Maka itu saya terpanggil untuk memulakan satu blog dengan diberikan tajuk I Boleh Berjaya I Boleh Kaya: Hidup Kaya Raya Mati Masuk Syurga.

2. Justeru kepada pembaca ruangan ini diharapkan dapat memberi perhatian dan ikuti usaha yang saya lakukan ini sebagai panduan kita untuk menjadi manusia yang cemerlang dan kaya raya dan akhirnya dengan wang banyak kita sudah menjadi jutawan. Kita menjadi ,manusia Islam yang kaya. Kita boleh membuat kebajikan dan memakmurkan alam ini dengan nilai-nilai kebaikkan melalui kekayaan yang kita ada. Maka kita apabila kita kaya sudah tentu dengan kebaikkan kita yang kita salurkan melalui kekayaan kita seperti bantuan dan sedekah atau membentuk orang lain menjadi kaya dengan sifat-sifat takiyyah al-nafs atau pembersihan jiwa kerana jiwa yang bersih akan membentuk baik atau buruknya masyarakat itu, kerana dalam masyarakat itu ada individu yang baik seperti kita dan kaya raya pula, maka dengan itu apabila kita dalam kelompak itu dan tidak menjadikan maddah atau benda sebagai taruhahn utama kerana kita mencai nilai yang lebih agung di akhirat.

3.Dengan kekayaan yang ada kita akan lebih bernilai dan sekiranya kita kaya tetapi tidak mempunyai nilai kita boleh dimertabatkan seperti haiwan apatah lagi kalau kita miskin saudara mara, kawan dan ramai lagi kurang berminat berkawan dengan kita kecuali dia memerlukan sesuatu dari kita. Maka itu carilah kejayaan dan kekayaan, dengan sifat-sifat mulia dan suka membantu sudah tentu HIDUP KAYA RAYA MATI MASUK SYURGA.

4. Mencari kekayaan adalah perkara yang disyariatkan didalam Islam. Di dalam Al Qur’an banyak disebutkan ayat-ayat yang menyeru untuk mencari rezeki dan berusaha di atas bumi. Firman Allah swt: i) “Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah.” (QS. Al Ahzab : 10).
ii) “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya.” (QS. Al Mulk : 15)

5. Sebagai umat Islam kita ada guru yang lengkap untuk kita mencapai kejayaan. Menjadikan Al Quran sebagai guru, untuk belajar daripadanya ilmu, hikmah dan akhlak, kemudian kita mematuhi nasihatnya, menerima bimbingannya, mengikuti pedomannya. Al Quran disusun bagi mendekatkan kita kepada ilmunya (Al Quran). Melaluinya boleh kita jadikan sajian sebagai penawar dan rahmat untuk membina semula kehidupan yang kadang-kadang kita terputus hubungan dengan Allah dan teraba-raba dalam kehidupan untuk mencari sebuah makna kejayaan hidup didunia. Kita perlu membentuk diri kita menjadi insan yang pengasih dan penyayang kepada insan yang lain. Kita harus menjadi insan yang positif dan melihat kebaikkan dan bukan menjadikan insan yang suka mencela orang lain.

6. Pujilah cara terhormat insan yang berada disekeliling anda. Angkatlah mereka dengan kebaikkan. Dan sayanglah mereka, kasihlah mereka, maka sudah tentu dihadapan anda akan muncul kejayaan. Jadillah manusia yang hebat. Sudah tentu anda mampu menjadi diri anda sebagai: "I AM THE GREATEST"