1. Kalau menyusur dari tol Selatan melalui jam besar sehingga keluar kembali ke tol Utara pekan Sungai Petani ianya bukan lagi dikenali sebagai nama singkatan asalnya SP yang mungkin boleh dinamakan pekan HPA.
2. Kenapa saya namakan sedemikian? Syarikat yang merupakan pengeluar herba diasaskan oleh Haji Ismail Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada 1987 cuba menguasai pekan ini dengan jenamanya. Saya tidak tahu bagaimana perniagaan syarikat ini tetapi banyak sekali pelbagai perniagaan diceburi dari produk herba sehingga kedai buku,kedai komputer, hotel dan restoran yang di kenali Radix Fried Chicken di Sungai Petani.
3. Baru-baru ini dalam Majlis Anugerah Malaysia Good Design Mark yang merupakan pengiktirafan rekabentuk Kerajaan Malaysia syarikat ini berjaya menang tiga anugerah iaitu kategori pembungkusan produk Kopi Radix, Kopi Diet, Koko dan Majakani. Syarikat yang bermula dari kecil ini juga memenangi kategori hiasan dalaman iaitu Architecture And The Environmental untuk hotel El Zahraa Inn. HPA juga menerima hadiah untuk Restoran Radix Fried Chicken.
4. Langkah yang dibuat oleh syarikat HPA Industries Sdn Bhd dilihat sebagai percubaan mencipta produk sebagaimana ditulis oleh Howard Moskowitz dan Alex Gofman dalam buku mereka Selling Blue Elephants iaitu mencipta sesuatu sebelum orang menginginkannnya. HPA cuba membawa usahanya di Sungai Petani sebagai Rule Developing Experimentation. Usaha yang relatif kecil dan mengharapkan hasil yang besar dihujungnya. HPA kini mempunyai lebih seribu orang pekerja dan menjalankan juga perniagaan jualan langsung.
5. Sebuah syarikat Melayu yang dilihat mempunyai potensi besar dan mampu untuk berada pesada global. Namun bagaimana? Apakah mereka akan berjaya dan kekal lama dalam pasaran? Saya melihat jika terlalu banyak pelbagai perniagaan baru diceburi sebelum pengukuhan aliran tunai boleh menjadikan syarikat itu tergugat.
Dalam bidang usaha sekiranya kita tidak fokus dalam satu-satu perniagaan akan menjadikan kita kalut kerana setiap perniagaan baru, kita akan mengenali masalah dan bukan mudah untuk memecahkan masalah sebagaimana kita fokus dalam satu perniagaan sahaja. Kalau kita fokus, kita dapat menghasilkan pedomon dan dapat kita membuat tindakan secara tepat dalam membuat keputusan untuk syarikat kerana pengalaman yang kita ada.
6. Kita harus mengekang nafsu kita untuk membuat pelbagai kerana saya lihat banyak orang Melayu tidak dapat bertahan lama kerana berniaga pelbagai. Seperti berniaga “kedai runcit”. Semua hendak labur jika banyak duit sedangkan mereka tidak mahir dan masih kurang jelas dalam bidang baru itu.
Bagi usahawan Melayu harus mengambil perhatian kepada penumpuan atau fokus kepada jenis perniagaan yang diceburi. Setelah berjaya dalam pernigaan yang diasaskan baru beralih ke bidang lain dengan hasil untung yang diperolehi dan lebih baik kembangkan sehingga ia kukuh dan melangkaui sempadan negara.
HPA mungkin sudah melepasi ruang ini dan dia mampu berdiri. Hakikatnya aliran tunai perlu dilihat dan jangan imej yang dibina oleh sebuah syarikat itu berpuluh tahun menjadi terkenal tetapi akhirnya gagal kerana aliran tunai akibat mahu lakukan percubaan jenis pernigaan baru yang jauh dari keahlian kita.
7. Kalau boleh belajarlah dari syarikat jenama Kaki Tiga iaitu syarikat Wen Ken Drug Sdn Berhad yang telah berada dalam pasaran selama 74 tahun. Syarikat Wen Ken Group, pengeluar dan pembekal tanda terkenal Kaki Tiga iaitu ubat-ubatan rumahtangga tradisional. Ketika syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1937, ahli daripada empat keluarga Cina Singapura yang bermula membuat ubat ini dengan resepi rahsia menjual ubat mereka dengan berjalan kaki untuk berjumpa pelanggan mereka.
8. Sejak itu, setiap generasi telah memberikan sumbangan terhadap pertumbuhan yang luar biasa dari Wen Ken Group, sehingga sekarang salah satu syarikat ubat terbesar dan paling dihormati di Asia, dan dari data pelanggan, mereka mempuyai lebih daripada satu bilion orang. Malam itu iKaki Tiga menang dalam ketegori pembungkusan Ubat Batuk Herba Pe Pa Kao. Kini Wen Ken dari jualan ubat tradisonal ke bio-tech.
9. Perniagaan adalah mendatangkan wang. Kita melihat usaha syarikat besar dunia bagaimana mereka berdiri mencipta kejayaan. Saya terpanggil dan kagum dengan cara KRU dalam memasarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah. Dengan grant daripada kerajan sebanyak RM8 juta syarikat ini telah mendapat modal kembali dan filem ini berjaya ditayangkan lebih dari 70 negara. David Teo membuat filem berjanama Melayu mengaut untung dan semuanya boleh dikatakan produk-pruduk Melayu di dalammnya sedangkan dia Cina. Kenapa begitu? KRU dan David Teo pintar mengenali masalah dengan tepat. Mereka bekerja keras dan mengenali pasaran.
Maka itu Ana Rafali pememang anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) melalui Tolong Ingatkan Aku dari sebuah nama yang hanya muncul dalam You Tube kini menjadi pujaan ramai kerana pendekatan yang dilakukan untuk memasarkan produknya. Pendekatan Ana yang dibuat dengan imej berbaju kurung berdasarkan mengoptimalkan konsep dan gagasan baru diantaranya sasaran pelanggan dengan mengunakan laman Social Networking. Cepat, singkat, tidak mahal dan jankauan yang jauh.
11. Kalau Berpacaran lagu duet Suhamimi Mior Hassan Ana Rafali mengukuhkan lagi nama Ana Rafali dalam dalam pasaran muzik Malaysia. Ramai lagi jenama Malaysia dalam dunia muzik seperti lagu Kekanda Adinda oleh Monoloque dan Atilia. Begitu juga tidak kurang hebat penyanyi Sedetik Lebih Anuar Zain yang kini digilai oleh Setiausaha.