Dalam mentadbir sebuah syarikat atau organisasi bukan satu kaedah yang mudah kerana didalamnya tersembunyi pelbagai karenah manusia yang sukar diduga kerana selalu saja ada orang yang berhasad dengki dan cuba memusuhi kita.
Adalah sulit untuk kita menunjukkan emosi bertempur dalam pertempuran yang tak berdarah seperti itu, yang intinya musuh kita tidak kelihatan. Bahaya kita dimana-mana, selalu sahaja ada orang yang memusuhi dan cuba membuat usaha kita gagal.
Apakah caranya untuk melawan sifat hasad dengki yang boleh melemahkan sebuah syarikat atau organisasi itu? Sedang mereka ini tidak jelas tindakan yang akan mereka ambil. Atau perlukah kita melakukan konfrantasi ataupun membuat serangan bertubi-tubi terhadap mereka yang tidak faham asas perjuangan dan semangat kesatuan yang kita bangunkan?
Ahli Sufi menyebut dalam berhadapan dengan manusia untuk itu kita perlu berlaku sopan kepada semua orang, menghapuskan ego kita dan menjadi pengikut yang setia kepada pemimpin yang mengangkat kita. Maka sudah tentu kita akan berjaya menjadi manusia yang dihormati. Begitu juga penting untuk bersifat lemah lembut kepada jiwa kita. Manahan marah atau menghindari orang yang mengancam kita, dan selalu berusaha mencari damai.
Adakalanya sudah tentu strategi ini akan gagal. Justeru dalam kita berhadapan dengan musuh dalaman kita berusahalah untuk menghindarkan konflik. Walaupun kita tidak bersalah tetapi mereka cuba meletakan permusahan dengan kita.
Inilah laluan untuk kita membina menjadi pemimpin yang matang dan mampu untuk terus berjaya, maka itu konflik amat penting dalam perkembangan mental kita. Anggaplah musuh akan membawakan banyak manfaat kepada kita.
Pertamanya sudah tentu memberikan kita motivasi untuk lebih fokus dan berkeyakinan. Musuh juga memberikan kita standard untuk kita menilai diri sendiri, baik secara pribadi ataupun secara sosial.
Samurai Jepun tidak akan mempunyai ukuran kesempurnaan selain dari bertempur melawan pemain pedang terbaik.
Kita anggap itulah nikmat yang dibungkus dengan bala dan cobaan. Kita kena pasrah menerima pemberian tuhan.
Apa yang penting mencari rezeki yang halal dan berusaha setiap detik yang kita lewati dengan melakukan hal-hal yang baru serta memanfaatkan masa-masa yang paling baik. Nabi Adam terperangkap dalam kekesalannya selama tiga ratus tahun. Ayub berada dalam cobaan sakit selama lapan belas tahun. Yakub terus menerus menangis kehilangan Yusof selama lapan puluh tahun.
Cubaan ini ada masanya, setelah itu kita akan lihat keberhasilannya iaitu setelah susah akan muncul khabar berita yang baik.
Begitulah caranya kalau kita ingin membangunkan bangsa Melayu dan memperjuangkan hak-hak kita, maka kita kena ada kredibiliti dan kepercayaan sesama kita. Kita sudah tentu akan mendapat keindahan yang tidak terkira.
Maka hari ini kita berhadapan dengan masa depan baru yang benar-benar radikal untuk umat Melayu iaitu pertembungan untuk membangunkan ekonomi dan disisi lain kita melihat kecelaruan politik yang goyah yang perlu kita pertahankan hak-hak kita.
Bagaimana kita ingin bangkit dari dua permasalahan yang datang secara seiring sedangkan kita dilihat masih lemah kerana fondisi kita dalam aspek ekonomi dan politik.? Orang Melayu seolah tidak ada lagi kekuatan.
Kalau kita ambil kata-kata Stephen Covey iaitu kepercayaan adalah satu hal yang mengubah segala-galanya. Dengan kepercayaan hampir semua kesulitan boleh diatasi. Tanpa kepercayaan kita akan mengalami kesulitan dalam menyelesaikan sesuatu yang penting.
Mungkin para pejuang bangsa kita memerlukan The Art of War dari guru perang Sun Tzu untuk mengalahkan musuh. Sekalipun apa yang berlaku dalam usaha kita untuk mengambil hati bangsa dan menginginkan kehidupan yang lebih baik, ramai yang suka mencari rumor atau gossip dan tidak suka mencari model-model dan mentor-mentor yang mampu membina semangat untuk kita berjaya.
PESAN PENGASAS EMKAY, TAN SRI MUSTAPHA KAMAL: Orang Melayu perlu menjadi ahli dalam apa yang dilakukan. Semuanya akan menjadi mudah bila hati kita akan merasa minat terhadap sesuatu. Dalam dunia perniagaan buat apa yang kita suka dan jadikan berniaga itu satu ibadah dan kita lakukan untuk mencari rezeki yang halal.
Dalam dunia perniagaan kita tidak akan mudah lari dari sikap tamak. Jadi bagaimana kita untuk menghilangkan sifat tersebut. Caranya kita harus berniat untuk masuk syurga dan jadikan setiap kerja yang kita lakukan satu ibadah. Ini jalan jangka panjang. Yang menentukan kita masuk syurga ialah kita sendiri. Kita yang buat pilihan bukan tuhan. Jadi impak keputusan baik dan jahat ditangan kita.
Sebagai ahli perniagaan “you must in control” dan fokus selain kena lihat cashflow. Perlu inovatif kalau kena survise kita kena cari jalan penyelesaikan. Kadang-kadang akal kita mati untuk selesaikan masalah tapi hasrat kita baik bila bangun kita pun dapat idea yang boleh menyelesaikan masalah semalam.
Dalam berniaga kita ada staf, kontraktor dan consultant. Apa pelanggan mahu kita bayar, dan kita perlu ambil staf yang bagus kemudian letakkan pada tempat yang sesuai kalau tidak tepat kita akan gagal. Biar kita ambil masa untuk mengambil staf yang baru. Staf yang amanah dan baik saja akan mampu membawa kejayaan kepada syarikat kita.
Kepercayan (trust) adalah pokok utama yang perlu kita sayang kerana inilah formula kejayaan kita. Kita perlu ada intergriti. Jangan percaya kepada laporan tetapi percaya kepada brutal fact dimana kita kena turun dan sentuh sendiri apa yang pekerja bawah kita lakukan.
Sasarkan untuk berjaya dan perlu ada busines strategi Untuk sukses fizikal, emosi, spiritiul dan menteliti semuanya ini kena kuat. Rujukan kita ketika berjaya atau susah dalam semua keadaan ialah kita kena lihat kepada tuhan dan keluarga; Dua jam di tingkat 16 Menara Mustapha Kamal, Bandar Damansara Perdana, bersama Tan Sri Mustapha Kamal-banyak peluang untuk bumiputera, “tetapi untuk berjaya adalah mereka yang tahu malu,katanya” . Sasaran tahun 2011 jualan selepas tax adalah RM78 juta dan 2012 sebanyak 84 juta.