1. Ketika rencana ini ditulis adalah hari bersejarah negara Malaysia iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Tiga hari lalu saya terlibat dalam program Sesi Pasca makmal ahli Makmal ‘CCI and Media’ yang dianjurkan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU). Pagi mewakili Presiden DPMM Pusat YM Tuan Syed Ali Al Atas dalam Majlis Konsultansi Belanjawan 2012 yang kedua-duanya di hadiri oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
2. Dalam dua program tersebut rumusan yang boleh diambil ialah orang Melayu harus bergerak cepat dan bersiap sedia menghindari resiko, pada saat yang sama memanfaatkan setiap peluang.
3. Majlis Konsultansi Belanjawan merupakan acara anjuran Kementerian Kewangan sebagai usaha penting Kerajaan untuk berinteraksi secara terus dengan sektor swasta, NGO, industri dan rakyat bagi mendapat pandangan dan cadangan dalam merangka Belanjawan 2012. Ini melambangkan dasar keterbukaan dan keprihatinan kerajaan Najib dalam mengurus dan menangani isu-isu ekonomi dan sosial yang kini semakin mencabar.
4. Majlis konsultasi yang mengemukakan idea, memberi pandangan dan mencadangkan langkah spesifik bagi mengatasi cabaran dan isu-isu semasa, khususnya yang melibatkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Isu yang dibangkitkan dan cadangan yang dikemukakan akui Perdana Menteri akan dipastikan diberi perhatian sepenuhnya dan hasil perbincangan pada pagi itu dan akan dipertimbangkan dalam penggubalan Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Oktober 2011.
5. Sebelah petang di PWTC susulan Makmal Pembangunan Ekonomi Bumiputera yang pertama anjuran TERAJU selama sepuluh hari dan telah berakhir pada 1 April 2011 lalu TERAJU yang dikatakan mengambil kira segala pandangan dan inisiatif yang terhasil dari siri makmal tersebut untuk diketengahkan kepada Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan oleh Datuk Najib untuk kepentingan Melayu dan Bumiputera. Banyaklah cadangan-cadangan projek dikemukakan kepada TERAJU melalui Projek Permulaan (EPP) baru di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).
6. Dalam ucapannya Najib berkata projek MRT yang diberikan kepada MMC-Gamuda akan diberikan perhatian untuk dilihat bagi membolehkan penglibatan Bumiputera kerana sebelum ini PERKASA yang diketuai oleh Dr Zubir Harun, Biro Ekonomi telah menghantar memorandom ketidakpuasan ramai kontrakrtor Melayu yang dikatakan hanya 37 sahaja yang layak untuk pre-qualification kerana jumlah paid-up syarikat diperlukan sebanyak RM20 juta. Itupun 37 syarikat sahaja yang layak dan belum tentu mendapat kerja dari MMC-Gamuda yang nilai projeknya lebih dari RM35 bilion. Justeru sudah tentu syarikat Melayu seperti kelas F yang seramai 16,000 juga tidak mampu untuk terlibat.
7. Untuk itu kita harap dengan adanya TERAJU akan mendorong, lahirnya pemahaman baru tentang masa depan orang Melayu, selain dapat memancing pedebatan yang produktif dan dapat membawa bangsa Melayu dalam bidang ekonomi kepada tindakan yang lebih konkrit dalam mewujudkan masa depan yang dicitakan oleh Najib iaitu 1Malaysia.
8. Orang Melayu harus melihat masa depan sebagai peristiwa yang boleh dirancang. Pencegahan krisis-krisis yang akan terjadi dimasa depan - dari perkauman, agihan ekonomi yang semua ini memerlukan idea-idea segar yang perlu dirancang yang belum lahir. Kita berhadapan dengan pelbagai maklumat dan masyarakat mulai cerdik.
9. Satu cara fikir baru yang akan menemukan jalan keluar yang amat diperlukan, jika kita memang ingin menghindari resiko-resiko yang bakal muncul di masa negara ini berhadapan dengan pelbagai tuntutan dari pelbagai kaum di Malaysia. Manakala hak orang Melayu pun mahu diambil seperti suara-suara mahu menghapuskan DEB dan juga kuota orang Melayu dalam sektor pendidikan yang lebih kepada merit.
12. Maka itu orang Melayu harus berusaha keras masa depan yang mereka mahukan dan bukan sahaja kita melalak dan berdemontrasi.
13. SEDIKIT CATATAN SEDUTAN DARI WIKIPEDIA TENTANG 13hb MEI 1969: Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
14. Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan.
15. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
16. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
17. Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
18. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.
19. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.
20. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan-the coalition's logo. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mai di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
21. UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
22. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Nota: Masa depan baru yang penuh ridikal tengah hadir. Orang Melayu harus memikir dan meramal bagaimana untuk membina kekuatan ekomomi kerana kita tidak mahu orang Melayu berhadapan dengan masa depan dengan “prinsip kebetulan”.