Tuesday, December 20, 2011

MENCARI TUHAN YANG HILANG 3: JANGAN BERPUTUS ASA

1. Apa pun kejadian kehidupan yang terjadi kita jangan sesekali berputus asa. Kita harus menggerakan kehidupan ini dengan kekuatan iman. Keimananlah akan membantu kita menyusur jalan-jalan kehidupan yang penuh dengan cabaran dan berhadapan dengan liku-liku ini kita harus tabah dengan kekuatan dalaman iaitu kesabaran. 

2. Dugaan tuhan jangan mudah kita berputus asa. Lihatlah kebesaran Allah, lihatlah kuasa Allah, lihatlah kasih sayang Allah. Kita selalunya ada peluang, meskipun peluang itu sangat kecil, peluang untuk kembali bangun, kembali bekerja untuk sukses, peluang untuk kembali sihat, peluang untuk kebahagian rumahtangga, dan peluang untuk kembali senyum kerana Allah bersama kita. 

3. Setiap permasalahan yang kita hadapi adalah hidangan dari Allah, dan Allah juga akan berkuasa menghindarkannya. Bila Allah sudah berkenan untuk menolong, sudah tentu kita akan mendapat ketenangan. Inilah kurniaNya yang amat besar, bagi setiap orang yang menghadapi masalah, iaitu Dia berikan ketenangan, sambil kita berikhtiar mencari solusi permasalahan yang kita hadapi. 

4. Jangan kita kuatir, setiap kesulitan ada jalan keluar:"Katakanlah hanya kepunyaan Allah saja segala pertolongan berada. BagaiNya kekuasaan langit dan bumi. Kemudian kepadaNya segalanya akan dikembalikan."(Az-Zumar:44). Itulah hakikat kehidupan bahawa pasrahlah kepada Allah, libatkan Allah sepenuhnya, kerana jalan keluar ada padaNya.

Wednesday, December 14, 2011

MENCARI TUHAN YANG HILANG 2

1. Hampir setahun aku mengalami kesakitan tulang belakang. Puncak kesakitan itu semakin teruk awal bulan Disember ini. Tak selesa, kalau bangun untuk sembahyang terpaksa menirap dan ibarat berenang, berpaut pada meja atau juga sofa di halaman tamu. Baru boleh berdiri dengan kaki terasa kebas. 

2. Seksa sungguh ujian Allah. Tidak mampu untuk berdiri lama, tusukan kebas, terlalu bisa. Aku ingin menangis saja tapi siapa akan mendegar, hanya anak dan isteri. Dah berkali menyuruh aku ke hospital, tapi aku memang, ingin cuba perubatan sendiri. Cara aku dan cara Pak Ustaz Man yang sudah teruji berjaya. Rupanya inilah antara seksa Tuhan yang perlu kita hadapi dengan redha. Bahawa siksaan Tuhan di dunia ini baru sedikit, kesakitan yang mendepa membuatkan aku teruja mencari Tuhan. 

3. Dua sebab Tuhan memberi aku sakit, yang pertama aku tahu bahawa inilah kifarahnya atas perbuatan aku dan aku juga yakin kebaikkan aku selama ini juga diberi ujian untuk mengukuhkan lagi keimanan agar yakin dan lebih pasrah padanya. Untuk kesakitan sekian lama ini memberikan kekuatan bahawa Tuhan ada disisiku, Tuhan mahu memberikan nikmat yang lebih besar kepadaku. Aku perlu bersabar dan aku harus sedar bahawa jangan aku terjebak dalam perbuatan buruk memarahi Tuhan dengan kesakitan yang aku alami. 

4. Aku harus bermunajat memperdengarkan kepada Allah suara hati aku saat ini. Aku perlu bersimpuh disisi Allah Yang Maha Mendengar semua munajat para hambaNya, dan yang tidak pernah menutup pintu bagi sesiapa yang memohon pada-Nya.

5. Tidak ada yang lebih mahal selain kebebasan yang diberikan Tuhan. Maka dalam kesakitan ini aku mulai mengerti bahawa aku perlu libatkan Tuhan, aku perlu laporkan kepada Allah, melalui solat, melalui doa, bahawa kita sakit dan memerlukan pertolongan-Nya, dalam usaha mencari kesembuhan. 

6. Baru kemudian sesudah kita melibatkan Allah diawal perjalanan, kita berjalan berikhtiar, sehingga Dia menemani jalan ikhtiar kita. Pasrah, ikhtiar dan kemudian pasrah lagi. 

7. Aku percaya Allah punya berjuta cara untuk menolong hambaNya.

Sunday, December 11, 2011

MENCARI TUHAN YANG HILANG

1. Kita terlupa bahawa kesusahan kita selama ini kerana kita lupa mencari Tuhan. Kita hanya berharap kepada manusia sedangkan Allah-lah yang akan membantu kita. Dalam kekalutan kehidupan carilah Allah dahulu baru kita berikhtiar. 

Perhatikan ayat 245 dari Surah Al Baqarah.
2. "Katakanlah, Tuhanmu tidak akan memperhatikan kamu kalau tidak  ada doa dari kamu, kalau tidak ada permohonan dari kaku.." (Al - Furqan: 77). Maka berdoalah kepada Allah untuk mengubah masa depan. Berkorban masa untuk sering berdoa. Tuhan bersama kita jangan jadikan tuhan hilang dalam perjalanan detik kehidupan kita.

3. Ramai antara kita terlupa bahawa Allah telah menjanjikan kehidupan di dunia ini kepada manusia apatah lagi Dia telah menurunkan Al Quran kitab  yang punya kekayaan, kenapa kita tidak membaca dan mengkaji. Kita jangan biarkan Quran berdebu penuh dengan habuk kerana sifat kita tidak mempedulikan kandungan ajaibnya. 

4. Dalam Quran ada kejayaan, maka itu  mencari wang hidup kaya- raya sehingga menjadi manusia yang mulia. Jenguk, pegang dan bacalah Al Quran dan pengertiannya kerana di dalamnya tersembunyi kekayaan yang anda inginkan. Yakinlah Tuhan bersama-sama kita. 

5. Carilah wang, carilah ketenangan, carilah erti sebuah kehidupan, kerana di situ ada kejayaan. Al Quran ada segala-galanya. Ciptalah Masa Depan dengan hidup kaya-raya, kerana  bila kita kaya dengan amalan sedekah, ikhlas dan sering membantu manusia maka mati kita sudah tentu masuk syurga seperti dijanjikan Allah. 

6. Yoh...bro Al Quran itu ada di mana-mana kerana Tuhan masih ada dan menanti doa kita di mana-mana. Marilah kita menuju keperibadian yang baru. Menjadi Khalifah yang hebat di muka bumi ini. 

7.  Justeru perubahan harus dilandasi nilai-nilai kita; bertindak, berjuang dan bersabar. Tuhan adalah jalan awal dan akhir  perjuangan kita.








Saturday, November 5, 2011

MARILAH KITA MENJADI ORANG KAYA

1. Saya teruja teman lama berbangsa Cina yang berkata "kita perlu banyak wang, baru orang akan hormat kita", yang merupan seorang usahawan yang sukses setelah lebih dua puluh lima tqhun dalqm dunia perniagaan. Dia bermula dari bawah, bekerja keras dan pandai menjaga aliran tunai syarikat. Dia yang saya panggil Lim bukan sekolah tinggi tetapi dia belajar dari kesusahan dan ketekunan mengendalikan syarikat.

2. Syarikatnya bernilai peluhan juta setiap tahun sales. Tapi dia seperti biasa berjimat, pakaian sederhana, tidak ego dan lagaknya tidak nampak dia adalah jutawan.

3. Apakah petua kejayaannya? Fokos kepada perniagaan dan tekun serta tidak mudah mengalah kalah. Dia menguasai produk syarikat dan mengetahui pesainganya dalam pasaran. Setiap kali sasaran marketny tepat dan produk bermutu dalam pasaran. Perkhidmatan selepas jualan bagus sekali.

4. Lim sudah berusia 51 tahun kini dia ke pejabat dengan pakaian casual sahaja. Dia orang yang saya kira boleh diambil pelajaran oleh usahawan Melayu.

Thursday, October 27, 2011

SEPULUH CARA UNTUK HIDUP BAHAGIA

Siapa yang tidak mahu kebahagian hidup di dunia. Setiap apa yang kita lakukan harus kita yakin dan bersikap dan berpandangan positif. Dalam kehidupan ini kita mahu mrncari rezeki dan hidup selesa dan mahu mencari rezeki. Tapi  kita jangan terlalu rakus. Ramai orang yang dililit kemiskinan, kekalutan, malahan ada yang tertekan kerana untuk mencari duit ringgit, semua ini kerana mereka  jauh dari Allah.

Kebahagian itu hanya boleh dicapai dan dinikmati oleh mereka yang melakukan kehiduoan dengan sifat-sifat ikhlas, telus dan lurus. Kita akan tenang, dan setiap perjalanannya akan sentiasa akan dapat diselesaikan  kerana dia ingat tuhan. Rezekinya akan melimpah dan dia sering tidk banyak berhadapan dengan kesulita, kalau ada pun dapat diselesaikan. Ini petua yang mampu untuk membawa kita bahagia:

1. Bangun pagi saat fajar menjelang dan beristifar.

2. Menyendiri untuk bertafakur.

3. Menjalin hubungan dengan orang yang soleh.

4. Berzikir.

5. Melakukan solat dua rakaat dengan khusyuk.

6. Membaca Al Quran dengan memehaminya.

7. Berpuasa pada hari yang sangat panas.

8. Melakukan sedekah secara sembunyi sembunyi.

9.Meringankan beban orang muslim.

10. Melakukan zuhud( tidak mementingkan kehidupan dunia) yang sifatnya fana (kekal).
-Jangan Bersedih kerana Allah sentiasa mengawasi kita.




MENGELOLA SYARIKAT YANG SEDANG TURUN BEZA DENGAN SAAT NAIK

1. Bayangkan bila anda berjaya mengendalikan syarikat dengan hasil jualan yang bangus, tiba tiba rakan kongsi anda yang selama ini dipercayai membeloti anda, sedikit demi sedikit perniagaan anda menurun tanpa ada sedari kerana sikapnya yang berpura-pura ikhlas mengendalikan syarikat. Tiga tahun anda penuh yakin dan membina syarikat anda dengan berjaya tetapi selama ini anda bersama rakan kongsi yang anda percaya itu rupanya tidak ikhlas dan menikam ada dari belakang. Bicaranya berjaya mempengaruhi pekerja yang pernah diambilnya. Dia pula dilihat seperti orang beriman yang sembahyangnya dilihat cukup sempurna, rupanya dia bersikap munafik, cakap dan perbuatannya sehingga sanggup menabur pasir dalam pinggan nasi sendiri. Hidupnya senang kerana bersama dari awal tetapi tamaj.


2. Syarikat yang anda bina apa akan jadi bila ada rakan kongsi begitu? Kerja keras bertahun-tahun siang dan malam berkorban untuk membangunkan syarikat akhirnya merudum dalam masa yang singkat, musnah semua impian yang kemudian kita perlu bina kembali.


3. Gerakan untuk membina kembali syarikat bukan satu kerja yang mudah, apa lagi bila dana simpanan syarikat kosong dimana anda akan dapat dan baru. Projek semuanya dialihkan kepadanya - rakan kongsi yang tamak itu. Anda ditinggalkan dengan negetif syarikat, berhutang berjuta ringgit dan syarikat tidak ada projek dan reputasi syarikat merudum. Perkerja dicuri dan dibawa lari oleh rakan kongsi anda untuk bekerja di syarikat yang telah dibentuk secara diam-diam.


4. Apa caranya untuk kembali. Bersabar, yakin, kembali membentuk network baru, pendekatan marketing baru dan mencari pekerja terbaik, bertawakal pada Allah dan banyak bersedekah dan mohonlah dulu pada Allah, inilah jalan terakhir. IsyaAllah lakukanlah kerana inilah jalan dan lorong yang akan kita berjaya kerana Tuhan bersama kita dan mohonlah dan Dia tidak pernah menghampakan.

Tuesday, September 20, 2011

MY FIRST MILLION-HANYA KEPERCAYAAN DIRI YANG AKU TAHU

1. Siapa yang tidak mahu menjadi kaya raya dan membuat duit sepanjang hidupnya. Mejadi jutawan dan mendapat sejuta ringgit peringgat awal adalah cita-cita semua orang.

2. Untuk menjadi orang yang berjaya dalam dunia perniagaan adalah keyakinan pada diri sendiri. Kerana bisnis adalah kombinasi pengambilan keputusan dan pengambil resiko.

3. Bagaimana untuk mencapai sejuta pertama dalam perniagaan kita? Inilah nasihat saya kepada semua sekiranya kita ingin menjadi orang kaya iaitu dengan usaha bisnis sahaja jalan untuk kaya mengubah hidup? Bagi yang ingin menjalankan perniagaan bisnis apa pun saya bagikan tip yang dari Ben Way remaja yang masih duduk di bangku sekolah sudah menjadi jutawan dalam usia 17 tahun.

4. Katanya: Bisnis lebih sederhana daripada yang anda bayangkan, kebanyakan tentang orang yang kita berurusan. Jika kita memahami dengan orang yang kita berurusan, maka kita akan memahami bisnis itu.

Tidak akan pernah ada sebuah waktu yang tepat untuk memulai sesebuah bisnis. Jika kita menunggu sampai segalanya berjalan sempurna, kita akan sentiasa menunggu selamanya. Maka itu lakukan saja! Ambillah resiko.

Jangan takut gagal. Bahkan kalapun gagal dalam bisnis, kita boleh belajar lebih banyak dalam waktu singkat, maka seringlah membaca buku tentang bisnis selama hidup kita. Kegagalan kita pasti akan membuat peribadi kita menjadi manusia yang lebih baik. Rasa takut tidak boleh menjadi penghalang untuk memulai bisnis. Apa pun yang terjadi kita akan banyak berlajar dari sejumlah pengalaman hidup yang sangat penting.

Memulai sebuah bisnis memerlukan hasrat yang besar. Itu merupakan faktor utama dan terpenting dalam hidup kita. Kita harus mencintai pekerjaan kita, serta pekerja yang bekerja bersana kita, kerana semua urusan kerja dan pencapaian bisnis kita akan terjadi dengan dua perkara tersebut. Maka itu ingat bahawa kesederhanaanlah perkara yang paling benar dan utama.

5. Itulah tip dari Ben Way yang kini sudah berusia 29 tahun, bisnis inovasi Rainmakers yang terus meruap kejayaan.

6. Untuk itu sudahkah anda bersedia untuk menerima resiko memulakan bisnis, dan banyak tip yang lurus dengan amalan baik dan ikhlas yang bakal saya kemukakan dalam blog ini. Untuk menjadi kaya dan apa yang digelar jutawan mari kita bekerja bersama Tuhan. Kerana inilah jalan terbaik bermunajaat dengan tuhan, berdoa, berzikir serta tidak putus memohon pada yang Maha Esa. Bagaimana caranya? Ada caranya iaitu dengan doa-doa khusus, serta amalan kita setiap hari pasti kita mampu menjadi jutawan. Caramya ikutilah setiap tulisan saya dan sudah tentu anda akan jalan ke sejuta ringgit dalam hidup.




Monday, May 16, 2011

MELAYU HARUS CERDAS DAN BERSIAP SEDIA HINDARI PRINSIP KEBETULAN

1. Ketika rencana ini ditulis adalah hari bersejarah negara Malaysia iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Tiga hari lalu saya terlibat dalam program Sesi Pasca makmal ahli Makmal ‘CCI and Media’ yang dianjurkan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU). Pagi mewakili Presiden DPMM Pusat YM Tuan Syed Ali Al Atas dalam Majlis Konsultansi Belanjawan 2012 yang kedua-duanya di hadiri oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

2. Dalam dua program tersebut rumusan yang boleh diambil ialah orang Melayu harus bergerak cepat dan bersiap sedia menghindari resiko, pada saat yang sama memanfaatkan setiap peluang.


3. Majlis Konsultansi Belanjawan merupakan acara anjuran Kementerian Kewangan sebagai usaha penting Kerajaan untuk berinteraksi secara terus dengan sektor swasta, NGO, industri dan rakyat bagi mendapat pandangan dan cadangan dalam merangka Belanjawan 2012. Ini melambangkan dasar keterbukaan dan keprihatinan kerajaan Najib dalam mengurus dan menangani isu-isu ekonomi dan sosial yang kini semakin mencabar.


4. Majlis konsultasi yang mengemukakan idea, memberi pandangan dan mencadangkan langkah spesifik bagi mengatasi cabaran dan isu-isu semasa, khususnya yang melibatkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Isu yang dibangkitkan dan cadangan yang dikemukakan akui Perdana Menteri akan dipastikan diberi perhatian sepenuhnya dan hasil perbincangan pada pagi itu dan akan dipertimbangkan dalam penggubalan Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Oktober 2011.


5. Sebelah petang di PWTC susulan Makmal Pembangunan Ekonomi Bumiputera yang pertama anjuran TERAJU selama sepuluh hari dan telah berakhir pada 1 April 2011 lalu TERAJU yang dikatakan mengambil kira segala pandangan dan inisiatif yang terhasil dari siri makmal tersebut untuk diketengahkan kepada Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan oleh Datuk Najib untuk kepentingan Melayu dan Bumiputera. Banyaklah cadangan-cadangan projek dikemukakan kepada TERAJU melalui Projek Permulaan (EPP) baru di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).


6. Dalam ucapannya Najib berkata projek MRT yang diberikan kepada MMC-Gamuda akan diberikan perhatian untuk dilihat bagi membolehkan penglibatan Bumiputera kerana sebelum ini PERKASA yang diketuai oleh Dr Zubir Harun, Biro Ekonomi telah menghantar memorandom ketidakpuasan ramai kontrakrtor Melayu yang dikatakan hanya 37 sahaja yang layak untuk pre-qualification kerana jumlah paid-up syarikat diperlukan sebanyak RM20 juta. Itupun 37 syarikat sahaja yang layak dan belum tentu mendapat kerja dari MMC-Gamuda yang nilai projeknya lebih dari RM35 bilion. Justeru sudah tentu syarikat Melayu seperti kelas F yang seramai 16,000 juga tidak mampu untuk terlibat.


7. Untuk itu kita harap dengan adanya TERAJU akan mendorong, lahirnya pemahaman baru tentang masa depan orang Melayu, selain dapat memancing pedebatan yang produktif dan dapat membawa bangsa Melayu dalam bidang ekonomi kepada tindakan yang lebih konkrit dalam mewujudkan masa depan yang dicitakan oleh Najib iaitu 1Malaysia.


8. Orang Melayu harus melihat masa depan sebagai peristiwa yang boleh dirancang. Pencegahan krisis-krisis yang akan terjadi dimasa depan - dari perkauman, agihan ekonomi yang semua ini memerlukan idea-idea segar yang perlu dirancang yang belum lahir. Kita berhadapan dengan pelbagai maklumat dan masyarakat mulai cerdik.


9. Satu cara fikir baru yang akan menemukan jalan keluar yang amat diperlukan, jika kita memang ingin menghindari resiko-resiko yang bakal muncul di masa negara ini berhadapan dengan pelbagai tuntutan dari pelbagai kaum di Malaysia. Manakala hak orang Melayu pun mahu diambil seperti suara-suara mahu menghapuskan DEB dan juga kuota orang Melayu dalam sektor pendidikan yang lebih kepada merit.


12. Maka itu orang Melayu harus berusaha keras masa depan yang mereka mahukan dan bukan sahaja kita melalak dan berdemontrasi.


13. SEDIKIT CATATAN SEDUTAN DARI WIKIPEDIA TENTANG 13hb MEI 1969: Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.


14. Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan.


15. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.


16. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.


17. Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.


18. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.


19. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.


20. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan-the coalition's logo. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mai di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.


21. UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.


22. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.


Nota: Masa depan baru yang penuh ridikal tengah hadir. Orang Melayu harus memikir dan meramal bagaimana untuk membina kekuatan ekomomi kerana kita tidak mahu orang Melayu berhadapan dengan masa depan dengan “prinsip kebetulan”.




Thursday, April 28, 2011

APAKAH KITA YANG TERBAIK

Dalam mentadbir sebuah syarikat atau organisasi bukan satu kaedah yang mudah kerana didalamnya tersembunyi pelbagai karenah manusia yang sukar diduga kerana selalu saja ada orang yang berhasad dengki dan cuba memusuhi kita.


Adalah sulit untuk kita menunjukkan emosi bertempur dalam pertempuran yang tak berdarah seperti itu, yang intinya musuh kita tidak kelihatan. Bahaya kita dimana-mana, selalu sahaja ada orang yang memusuhi dan cuba membuat usaha kita gagal.


Apakah caranya untuk melawan sifat hasad dengki yang boleh melemahkan sebuah syarikat atau organisasi itu? Sedang mereka ini tidak jelas tindakan yang akan mereka ambil. Atau perlukah kita melakukan konfrantasi ataupun membuat serangan bertubi-tubi terhadap mereka yang tidak faham asas perjuangan dan semangat kesatuan yang kita bangunkan?


Ahli Sufi menyebut dalam berhadapan dengan manusia untuk itu kita perlu berlaku sopan kepada semua orang, menghapuskan ego kita dan menjadi pengikut yang setia kepada pemimpin yang mengangkat kita. Maka sudah tentu kita akan berjaya menjadi manusia yang dihormati. Begitu juga penting untuk bersifat lemah lembut kepada jiwa kita. Manahan marah atau menghindari orang yang mengancam kita, dan selalu berusaha mencari damai.


Adakalanya sudah tentu strategi ini akan gagal. Justeru dalam kita berhadapan dengan musuh dalaman kita berusahalah untuk menghindarkan konflik. Walaupun kita tidak bersalah tetapi mereka cuba meletakan permusahan dengan kita.


Inilah laluan untuk kita membina menjadi pemimpin yang matang dan mampu untuk terus berjaya, maka itu konflik amat penting dalam perkembangan mental kita. Anggaplah musuh akan membawakan banyak manfaat kepada kita.


Pertamanya sudah tentu memberikan kita motivasi untuk lebih fokus dan berkeyakinan. Musuh juga memberikan kita standard untuk kita menilai diri sendiri, baik secara pribadi ataupun secara sosial.


Samurai Jepun tidak akan mempunyai ukuran kesempurnaan selain dari bertempur melawan pemain pedang terbaik.


Kita anggap itulah nikmat yang dibungkus dengan bala dan cobaan. Kita kena pasrah menerima pemberian tuhan.


Apa yang penting mencari rezeki yang halal dan berusaha setiap detik yang kita lewati dengan melakukan hal-hal yang baru serta memanfaatkan masa-masa yang paling baik. Nabi Adam terperangkap dalam kekesalannya selama tiga ratus tahun. Ayub berada dalam cobaan sakit selama lapan belas tahun. Yakub terus menerus menangis kehilangan Yusof selama lapan puluh tahun.


Cubaan ini ada masanya, setelah itu kita akan lihat keberhasilannya iaitu setelah susah akan muncul khabar berita yang baik.


Begitulah caranya kalau kita ingin membangunkan bangsa Melayu dan memperjuangkan hak-hak kita, maka kita kena ada kredibiliti dan kepercayaan sesama kita. Kita sudah tentu akan mendapat keindahan yang tidak terkira.


Maka hari ini kita berhadapan dengan masa depan baru yang benar-benar radikal untuk umat Melayu iaitu pertembungan untuk membangunkan ekonomi dan disisi lain kita melihat kecelaruan politik yang goyah yang perlu kita pertahankan hak-hak kita.


Bagaimana kita ingin bangkit dari dua permasalahan yang datang secara seiring sedangkan kita dilihat masih lemah kerana fondisi kita dalam aspek ekonomi dan politik.? Orang Melayu seolah tidak ada lagi kekuatan.


Kalau kita ambil kata-kata Stephen Covey iaitu kepercayaan adalah satu hal yang mengubah segala-galanya. Dengan kepercayaan hampir semua kesulitan boleh diatasi. Tanpa kepercayaan kita akan mengalami kesulitan dalam menyelesaikan sesuatu yang penting.


Mungkin para pejuang bangsa kita memerlukan The Art of War dari guru perang Sun Tzu untuk mengalahkan musuh. Sekalipun apa yang berlaku dalam usaha kita untuk mengambil hati bangsa dan menginginkan kehidupan yang lebih baik, ramai yang suka mencari rumor atau gossip dan tidak suka mencari model-model dan mentor-mentor yang mampu membina semangat untuk kita berjaya.


PESAN PENGASAS EMKAY, TAN SRI MUSTAPHA KAMAL: Orang Melayu perlu menjadi ahli dalam apa yang dilakukan. Semuanya akan menjadi mudah bila hati kita akan merasa minat terhadap sesuatu. Dalam dunia perniagaan buat apa yang kita suka dan jadikan berniaga itu satu ibadah dan kita lakukan untuk mencari rezeki yang halal.


Dalam dunia perniagaan kita tidak akan mudah lari dari sikap tamak. Jadi bagaimana kita untuk menghilangkan sifat tersebut. Caranya kita harus berniat untuk masuk syurga dan jadikan setiap kerja yang kita lakukan satu ibadah. Ini jalan jangka panjang. Yang menentukan kita masuk syurga ialah kita sendiri. Kita yang buat pilihan bukan tuhan. Jadi impak keputusan baik dan jahat ditangan kita.


Sebagai ahli perniagaan “you must in control” dan fokus selain kena lihat cashflow. Perlu inovatif kalau kena survise kita kena cari jalan penyelesaikan. Kadang-kadang akal kita mati untuk selesaikan masalah tapi hasrat kita baik bila bangun kita pun dapat idea yang boleh menyelesaikan masalah semalam.


Dalam berniaga kita ada staf, kontraktor dan consultant. Apa pelanggan mahu kita bayar, dan kita perlu ambil staf yang bagus kemudian letakkan pada tempat yang sesuai kalau tidak tepat kita akan gagal. Biar kita ambil masa untuk mengambil staf yang baru. Staf yang amanah dan baik saja akan mampu membawa kejayaan kepada syarikat kita.


Kepercayan (trust) adalah pokok utama yang perlu kita sayang kerana inilah formula kejayaan kita. Kita perlu ada intergriti. Jangan percaya kepada laporan tetapi percaya kepada brutal fact dimana kita kena turun dan sentuh sendiri apa yang pekerja bawah kita lakukan.


Sasarkan untuk berjaya dan perlu ada busines strategi Untuk sukses fizikal, emosi, spiritiul dan menteliti semuanya ini kena kuat. Rujukan kita ketika berjaya atau susah dalam semua keadaan ialah kita kena lihat kepada tuhan dan keluarga; Dua jam di tingkat 16 Menara Mustapha Kamal, Bandar Damansara Perdana, bersama Tan Sri Mustapha Kamal-banyak peluang untuk bumiputera, “tetapi untuk berjaya adalah mereka yang tahu malu,katanya” . Sasaran tahun 2011 jualan selepas tax adalah RM78 juta dan 2012 sebanyak 84 juta.

Friday, March 11, 2011

HPA KAKI TIGA DAN ANA RAFALI

1. Kalau menyusur dari tol Selatan melalui jam besar sehingga keluar kembali ke tol Utara pekan Sungai Petani ianya bukan lagi dikenali sebagai nama singkatan asalnya SP yang mungkin boleh dinamakan pekan HPA.


2. Kenapa saya namakan sedemikian? Syarikat yang merupakan pengeluar herba diasaskan oleh Haji Ismail Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada 1987 cuba menguasai pekan ini dengan jenamanya. Saya tidak tahu bagaimana perniagaan syarikat ini tetapi banyak sekali pelbagai perniagaan diceburi dari produk herba sehingga kedai buku,kedai komputer, hotel dan restoran yang di kenali Radix Fried Chicken di Sungai Petani.


3. Baru-baru ini dalam Majlis Anugerah Malaysia Good Design Mark yang merupakan pengiktirafan rekabentuk Kerajaan Malaysia syarikat ini berjaya menang tiga anugerah iaitu kategori pembungkusan produk Kopi Radix, Kopi Diet, Koko dan Majakani. Syarikat yang bermula dari kecil ini juga memenangi kategori hiasan dalaman iaitu Architecture And The Environmental untuk hotel El Zahraa Inn. HPA juga menerima hadiah untuk Restoran Radix Fried Chicken.


4. Langkah yang dibuat oleh syarikat HPA Industries Sdn Bhd dilihat sebagai percubaan mencipta produk sebagaimana ditulis oleh Howard Moskowitz dan Alex Gofman dalam buku mereka Selling Blue Elephants iaitu mencipta sesuatu sebelum orang menginginkannnya. HPA cuba membawa usahanya di Sungai Petani sebagai Rule Developing Experimentation. Usaha yang relatif kecil dan mengharapkan hasil yang besar dihujungnya. HPA kini mempunyai lebih seribu orang pekerja dan menjalankan juga perniagaan jualan langsung.


5. Sebuah syarikat Melayu yang dilihat mempunyai potensi besar dan mampu untuk berada pesada global. Namun bagaimana? Apakah mereka akan berjaya dan kekal lama dalam pasaran? Saya melihat jika terlalu banyak pelbagai perniagaan baru diceburi sebelum pengukuhan aliran tunai boleh menjadikan syarikat itu tergugat.

Dalam bidang usaha sekiranya kita tidak fokus dalam satu-satu perniagaan akan menjadikan kita kalut kerana setiap perniagaan baru, kita akan mengenali masalah dan bukan mudah untuk memecahkan masalah sebagaimana kita fokus dalam satu perniagaan sahaja. Kalau kita fokus, kita dapat menghasilkan pedomon dan dapat kita membuat tindakan secara tepat dalam membuat keputusan untuk syarikat kerana pengalaman yang kita ada.

6. Kita harus mengekang nafsu kita untuk membuat pelbagai kerana saya lihat banyak orang Melayu tidak dapat bertahan lama kerana berniaga pelbagai. Seperti berniaga “kedai runcit”. Semua hendak labur jika banyak duit sedangkan mereka tidak mahir dan masih kurang jelas dalam bidang baru itu.

Bagi usahawan Melayu harus mengambil perhatian kepada penumpuan atau fokus kepada jenis perniagaan yang diceburi. Setelah berjaya dalam pernigaan yang diasaskan baru beralih ke bidang lain dengan hasil untung yang diperolehi dan lebih baik kembangkan sehingga ia kukuh dan melangkaui sempadan negara.

HPA mungkin sudah melepasi ruang ini dan dia mampu berdiri. Hakikatnya aliran tunai perlu dilihat dan jangan imej yang dibina oleh sebuah syarikat itu berpuluh tahun menjadi terkenal tetapi akhirnya gagal kerana aliran tunai akibat mahu lakukan percubaan jenis pernigaan baru yang jauh dari keahlian kita.

7. Kalau boleh belajarlah dari syarikat jenama Kaki Tiga iaitu syarikat Wen Ken Drug Sdn Berhad yang telah berada dalam pasaran selama 74 tahun. Syarikat Wen Ken Group, pengeluar dan pembekal tanda terkenal Kaki Tiga iaitu ubat-ubatan rumahtangga tradisional. Ketika syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1937, ahli daripada empat keluarga Cina Singapura yang bermula membuat ubat ini dengan resepi rahsia menjual ubat mereka dengan berjalan kaki untuk berjumpa pelanggan mereka.

8. Sejak itu, setiap generasi telah memberikan sumbangan terhadap pertumbuhan yang luar biasa dari Wen Ken Group, sehingga sekarang salah satu syarikat ubat terbesar dan paling dihormati di Asia, dan dari data pelanggan, mereka mempuyai lebih daripada satu bilion orang. Malam itu iKaki Tiga menang dalam ketegori pembungkusan Ubat Batuk Herba Pe Pa Kao. Kini Wen Ken dari jualan ubat tradisonal ke bio-tech.

9. Perniagaan adalah mendatangkan wang. Kita melihat usaha syarikat besar dunia bagaimana mereka berdiri mencipta kejayaan. Saya terpanggil dan kagum dengan cara KRU dalam memasarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah. Dengan grant daripada kerajan sebanyak RM8 juta syarikat ini telah mendapat modal kembali dan filem ini berjaya ditayangkan lebih dari 70 negara. David Teo membuat filem berjanama Melayu mengaut untung dan semuanya boleh dikatakan produk-pruduk Melayu di dalammnya sedangkan dia Cina. Kenapa begitu? KRU dan David Teo pintar mengenali masalah dengan tepat. Mereka bekerja keras dan mengenali pasaran.


Maka itu Ana Rafali pememang anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) melalui Tolong Ingatkan Aku dari sebuah nama yang hanya muncul dalam You Tube kini menjadi pujaan ramai kerana pendekatan yang dilakukan untuk memasarkan produknya. Pendekatan Ana yang dibuat dengan imej berbaju kurung berdasarkan mengoptimalkan konsep dan gagasan baru diantaranya sasaran pelanggan dengan mengunakan laman Social Networking. Cepat, singkat, tidak mahal dan jankauan yang jauh.


11. Kalau Berpacaran lagu duet Suhamimi Mior Hassan Ana Rafali mengukuhkan lagi nama Ana Rafali dalam dalam pasaran muzik Malaysia. Ramai lagi jenama Malaysia dalam dunia muzik seperti lagu Kekanda Adinda oleh Monoloque dan Atilia. Begitu juga tidak kurang hebat penyanyi Sedetik Lebih Anuar Zain yang kini digilai oleh Setiausaha.