1. Hampir setahun aku mengalami kesakitan tulang belakang. Puncak kesakitan itu semakin teruk awal bulan Disember ini. Tak selesa, kalau bangun untuk sembahyang terpaksa menirap dan ibarat berenang, berpaut pada meja atau juga sofa di halaman tamu. Baru boleh berdiri dengan kaki terasa kebas.
2. Seksa sungguh ujian Allah. Tidak mampu untuk berdiri lama, tusukan kebas, terlalu bisa. Aku ingin menangis saja tapi siapa akan mendegar, hanya anak dan isteri. Dah berkali menyuruh aku ke hospital, tapi aku memang, ingin cuba perubatan sendiri. Cara aku dan cara Pak Ustaz Man yang sudah teruji berjaya.
Rupanya inilah antara seksa Tuhan yang perlu kita hadapi dengan redha. Bahawa siksaan Tuhan di dunia ini baru sedikit, kesakitan yang mendepa membuatkan aku teruja mencari Tuhan.
3. Dua sebab Tuhan memberi aku sakit, yang pertama aku tahu bahawa inilah kifarahnya atas perbuatan aku dan aku juga yakin kebaikkan aku selama ini juga diberi ujian untuk mengukuhkan lagi keimanan agar yakin dan lebih pasrah padanya.
Untuk kesakitan sekian lama ini memberikan kekuatan bahawa Tuhan ada disisiku, Tuhan mahu memberikan nikmat yang lebih besar kepadaku. Aku perlu bersabar dan aku harus sedar bahawa jangan aku terjebak dalam perbuatan buruk memarahi Tuhan dengan kesakitan yang aku alami.
4. Aku harus bermunajat memperdengarkan kepada Allah suara hati aku saat ini. Aku perlu bersimpuh disisi Allah Yang Maha Mendengar semua munajat para hambaNya, dan yang tidak pernah menutup pintu bagi sesiapa yang memohon pada-Nya.
5. Tidak ada yang lebih mahal selain kebebasan yang diberikan Tuhan. Maka dalam kesakitan ini aku mulai mengerti bahawa aku perlu libatkan Tuhan, aku perlu laporkan kepada Allah, melalui solat, melalui doa, bahawa kita sakit dan memerlukan pertolongan-Nya, dalam usaha mencari kesembuhan.
6. Baru kemudian sesudah kita melibatkan Allah diawal perjalanan, kita berjalan berikhtiar, sehingga Dia menemani jalan ikhtiar kita. Pasrah, ikhtiar dan kemudian pasrah lagi.
7. Aku percaya Allah punya berjuta cara untuk menolong hambaNya.
6. Baru kemudian sesudah kita melibatkan Allah diawal perjalanan, kita berjalan berikhtiar, sehingga Dia menemani jalan ikhtiar kita. Pasrah, ikhtiar dan kemudian pasrah lagi.
7. Aku percaya Allah punya berjuta cara untuk menolong hambaNya.
No comments:
Post a Comment