1. Apa pun kejadian kehidupan yang terjadi kita jangan sesekali berputus asa. Kita harus menggerakan kehidupan ini dengan kekuatan iman. Keimananlah akan membantu kita menyusur jalan-jalan kehidupan yang penuh dengan cabaran dan berhadapan dengan liku-liku ini kita harus tabah dengan kekuatan dalaman iaitu kesabaran.
2. Dugaan tuhan jangan mudah kita berputus asa. Lihatlah kebesaran Allah, lihatlah kuasa Allah, lihatlah kasih sayang Allah. Kita selalunya ada peluang, meskipun peluang itu sangat kecil, peluang untuk kembali bangun, kembali bekerja untuk sukses, peluang untuk kembali sihat, peluang untuk kebahagian rumahtangga, dan peluang untuk kembali senyum kerana Allah bersama kita.
3. Setiap permasalahan yang kita hadapi adalah hidangan dari Allah, dan Allah juga akan berkuasa menghindarkannya. Bila Allah sudah berkenan untuk menolong, sudah tentu kita akan mendapat ketenangan. Inilah kurniaNya yang amat besar, bagi setiap orang yang menghadapi masalah, iaitu Dia berikan ketenangan, sambil kita berikhtiar mencari solusi permasalahan yang kita hadapi.
4. Jangan kita kuatir, setiap kesulitan ada jalan keluar:"Katakanlah hanya kepunyaan Allah saja segala pertolongan berada. BagaiNya kekuasaan langit dan bumi. Kemudian kepadaNya segalanya akan dikembalikan."(Az-Zumar:44). Itulah hakikat kehidupan bahawa pasrahlah kepada Allah, libatkan Allah sepenuhnya, kerana jalan keluar ada padaNya.