Friday, October 19, 2012

MEMBULATKAN TEKAD

1.  Saya ingn menarik perhatian pembaca dalam surah Ali Imran (3):159) Allah s.w.t. berfirman: "Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah."

2. Ini perjuangan dalam kehidupan harian kita iaitu apabila kita melakukan sesuatu hendaknya kita menyerah kepada Allah, dan kita jangan mundur, berjuang hingga walau apa pun yang terjadi.

Membulatkan tekad: Berjuang terus.
3. Watak jiwa kita harus ditingkatkan dengan gelora dan semangat untuk berjaya dan jadikan nikmat untuk sukses. Jangan semangat itu kendur apabila kita ditimpa sedikit cabaran duka. Meski gagal datang salih berganti, namun diakhir perjuangan kemenangan pasti akan menjadi.

4. Element sukses amat menarik perhatian saya untuk dikutip dari peristiwa sejarah agama kita iaitu kejadian kegagalan umat Islam dalam perang Uhud. Kejayaan pertama tentera Islam  ketika perang Badar dengan jumlah tentera Islam yang sedikit iaitu 300 orang manakala tentera  Abu Jahal 1000 orang dengan nisbah 1:3.

Pahit getir dalam perjuangan khususnya
dunia usahawan kita jangan sekali berundur.

5. Kerana terpukul dengan kekalahan dalam Perang Badar, menyebabkan kaum kafir di Mekah iaitu terdiri dari kabilah dan saudagar-saudagar ingin menebus kegagalan tersebut dan dengan kekuatan tentera 3000 telah bertolak ke Jabal Uhud untuk menentang umat Islam di Madinah. Kekuatan tetera Islam hanya 1500 itu pun ada yang lari dari berjuang dengan Rasulullah s.a.w hanya tinggal 700 orang berjuang bersama nabi.

6. Perang Uhud berawal dari kenangan pahit yang dideritai oleh oleh orang-orang kafir Quyraisy setahun sebelumnya iaitu kalah dalam perang Badar di mana kaum muslimin  berjaya membunuh 70 orang dan kaum muslimim pulang ke Madinah dengan bersuka-cita dan orang kafir menaruh dendam.

7. Mengambil pelajaran dari kisah Uhud ialah apabila tentera Islam telah berjaya mengalahkan kafir Quraisy dengan sabahat Rasulullah s.a.w, Abdullah bin Jubair pemimpin pasukan memanah menyerang bertubi-tubi di atas bukit seperti yang diarahkan oleh Rasulullah s.a.w hingga menyebabkan tentera kafir lari. 

8. Melihat tentera kafir telah berlarian, pasukan memanah  beranjak dari atas bukit itu untuk mengejar harta rampasan perang. Mereka telah mengingkari wasiat Rasulullah s.a.w supaya tidak turun dari bukit sehingga musuh benar-benar kalah. 

9. Larangan dari Abdullah Jubair tidak dihiraukan sehingga Khalid ibn al-Walid yang ketika itu masih belum memeluk Islam yang memimpin pasukan berkuda kaum kafir Quraisy, melihat tindakan pasukan pemanah turun ke bawah, segera dia mendekati bukit dari arah belakang pasukan pemanah, merayap naik bukit dan membunuh Abdullah Jubair yang ditinggalkan keseorangan. Dari atas bukit itu juga tentera musuh memanahi pasukan pemanah Rasulullah s.a.w yang sedang menurun bukit. 

10. Pasukan memanah yang memikirkan harta rampasan bakal menjadi milik mereka terkejut serangan mendadak dari Khalid ibn al-Walid. Menyesal tidak ikut pesanan Rasulullah s.a.w dan Abdullah Jubair.  Pasukan kaum muslimin yang hampir menang menjadi kucar-kacir dan ramai yang gugur satu persatu.

11. Ada tentera Islam lari pulang ke Madinah melalui ladang kurma, hanya tinggal Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang lain melawan serangan musuh.

12. Jelas sikap tamak dan tidak ada sifat kesabaran, element untuk berjaya tidak lagi mampu dibendung kerana nasfu untuk cepat mendapat laba. Lupa bahawa itu hanya sementara dan masih belum ada kondisi yang kukuh. 

13. Justeru akibatnya membiarkan kemenangan yang sudah di depan mata berubah menjadi kekalahan. Ikhtibar daripada perang Uhud ialah untuk meraih sesuatu kesenangan atau harta,  kita tidak boleh tamak, dan harus ikut perancangan awal sekalipun kita sudah melihat hasil yang kita capai kerana kemungkinan hasil itu belum lagi matang. Sabar adalah penting.

14. Kisah perang Uhud adalah kisah menarik. Penting untuk diperhatikan. Menempuh pahit getir dalam perjuangan khususnya dunia usahawan jangan kita sekali berundur, sekalipun  kita diasak dengan pelbagai kesulitan, seperti kewangan, ancaman famili, hutang, ejekkan dan sebagainya yang mana semua ini adalah persiapan untuk untuk sukses. Harus rasional memikir dengan tenang dan strategi yang lebih tuntas atau komprehensif.

15. Semua itu ujian agar kita bersyukur dengan kesempitan yang kita alami dan kita hendaklah bersabar seperti mana ada 90 ayat berkaitan sabar dalam Al Quran. Orang yang bersabar pasti akan berjaya seperti dijanjikan oleh Allah s.w.t. 

16. Mari kita bekerja keras membulatkan tekad, berusaha dan bersabar sudah tentu ada masa depan dan kejayaan.
Untuk sebarang pertanyaan sila-email: drmarzuki@gmail.com

No comments:

Post a Comment