Sunday, November 11, 2012

BERDOA BERDOA DAN TERUS BERDOA

1. Dialah yang menyulitkan, agar engkau berdoa memohon pada-Nya. Ia suka, jika engkau tekun berdoa. Jika Dia mendekatkanmu mengujimu dengan cubaan, maka kita harus menikmati cubaan itu dengan sabar dan tidak putus berdoa dan berdoa. 

2. Rezeki telah di atur-Nya hanya kita berusaha."Dia Allah berkuasa terhadap utusanNya". (Q.S 12:21). Kita jangan berangan-angan panjang, yakin hari ini pertolongan-Nya akan datang dalam kita berdoa dihimpit kesempitan. Kita bukan susah  tetapi kita dalam kesempitan.

3. Kita masih ada jalan keluar hanya menunggu waktu dirungkaikan oleh Allah untuk membolehkan kita kembali selesa. Ingatlah: "Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan". (Q.S. 73:6). Maka mengapa kita tidak bangun malam, berdoa dengan air mata menitis menyerahkan dan membiarkan darah terasa mengalir ditubuh menyerah sesungguhnya pada-Nya.

4. Menyerahkan jiwa raga kepada Allah, nikmat yang tidak terhingga akan terasa setelah tekun berdoa dan tidak pernah berputus asa."Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) beritanya setelah beberapa waktu lagi". (Q.S. 38:88). Inilah janji Allah bahawa mereka yang tekun bersabar dia akan memberikan berita baik apa yang kita pohon.

5. Mari jadilah seseorang yang benar-benar tulus mencintai-Nya. Curahkan kepasrahan kita dan tinggalkan dosa-dosa syahwat. Semua ini antara memudahkan doa kita dimakbulkan.

Kisah Sidi Fudul al-Huwari

Beliau mempunyai kedai rempah kecil berhampiran rumahnya, dan dia boleh ditemui di sana membaca al-Quran atau membaca buku pengetahuan sementara menunggu rezekinya. "Beliau mempunyai watak yang lembut, dan harus mata anda jatuh di atas mukanya, anda diingatkan Tuhan kamu. " 

Sidi Fudul al-Huwari
6. Mengutip cerita Sidi Fudul al-Huwari,  adalah orang yang bijaksana dari Maghribi, ulama dan wali.  Pusat rohani yang tinggi mempunyai watak mulia dan ketakwaan yang dijadikan teladan.

7. Dilahirkan di sekitar awal abad kedua puluh, Sidi Fudul al-Huwari membesar di Fes dan berkhidmat sebagai seorang imam di masjid besar sebelah Bab Boujloud, dan juga diajar Ibn Ashir dan lain-lain teks asas Bou Inania di Masjid.

8. Pada tahun 1978, ketika dia masih agak bertenaga dan mampu untuk mengajar, beliau menjelaskan bagaimana dari menjadi seorang hampir tidak pandai, beliau menjadi seorang imam dan seorang ulama. Satu hari semasa masih remaja dan sibuk di tempat kerja di sebuah kedai, dia telah melihat banyak kali berjalan untuk Qarawiyyin, dan berhenti dan berdiri di luar tempat kerjanya, memerhatikan tempat orang sedang belajar agama. Namun dalam setiap kali perjalanannya  Sidi Fudul sedar dia sedang diperhatikan. Shaykh kemudian bertanya kepada penjaga kedai jika lelaki muda boleh datang kepadanya .  

9. Lelaki kedai itu dipaksa, dan syeikh mengambil Sidi Fudul untuk Qarawiyyin dan mengarahkan dia untuk duduk dalam bulatan luar dan hanya untuk mendengar. Syekh menjelaskan bahawa tidak banyak akan masuk akal kepadanya tetapi dia harus bersabar. Dia harus melakukan ini untuk beberapa waktu, dan tidak lama lagi cukup, namun pelajarannya masih juga tidak masuk akalnya.  

10. Selepas bertahun-tahun belajar kajian, Sidi Fudul menjadi seorang ulama dalam kemampuan dan kecerdikannya sendiri. Nama syekh ialah Sidi Muhammad bin al-Habib, dan Sidi Fudul kemudiannya menjadi pelajar yang terkemuka dan mereka adalah pengulas  puisi mistik. Sidi Fudul menjadi seorang penyair dengan beberapa catatannya sendiri.

11. Shaykh Bennani, seorang ulama besar dan kadi dari Fes, berkata"Sidi Fudul bukanlah salah orang ulama besar mengenai pengetahuan luarannya yang kompeten, tidak luas seperti ulama besar, tetapi dia tahu apa yang kebanyakan ulama besar tidak tahu. Dia tahu Tuhannya. "Mengikut piawaian kontemporari, bagaimanapun, beliau adalah seorang ulama yang ketara bahagian akhir abad kedua puluh. Beliau disayangi untuk mengulas mengenai al-Quran, dan sentiasa dengan wawasan baru. 
 
12. Sidi Fudul adalah seorang lelaki yang indah, yang dilambangkan Maghribi yang cepat hilang. Beliau adalah seorang lelaki yang benar, terpelajar, tidak ada pada semua orang, beliau berada dalam keadaan malar penyerahan kepada Tuhannya. Beliau pernah berkata bahawa
Maghribi moden hari ini  telah hanyut jauh dari Islam daripada mereka yang lalu, dan dia memberi amaran bahawa tentang trend baru kebangkitan Islam, yang dilihatnya sebagai mempunyai lebih mengena dengan politik berbanding dengan pusat spiritual Islam. 

13. Dalam kehidupan awal beliau, Sidi Fudul telah aktif dalam politik Fes, didorong bukan oleh fantasi utopia beberapa Islamis moden tetapi oleh rasa kewajipan sivik. Beliau pernah berkata, "Memanggil orang-orang Islam inovasi adalah inovasi."

14. Jalan-jalan menemui Allah beliau dalam
keadaan koma, berbaring di atas katilnya.
Beliau telah kehilangan kedua-dua pendengaran dan penglihatan pada peringkat ini. Dalam lawatan Maulay Hasan berkata:, "Dia tidak boleh mendengar lagi."

15. Pada ketika itu, Sidi Fudul bersuara: "Berikan saya seketika. Saya datang untuk melawat anda. "

16. Beberapa minit kemudian, dia meminta dibantu untuk duduk tegak. Beliau kemudian meminta cermin mata. Dia tiba-tiba membuka matanya lebar, diimbas bilik, dan berkata, "Yasin!" Beliau kemudian mula membaca surah Yasin, bab 36 Al-Quran. Tetamu yang hadir semua menyertai beliau dalam bacaannya.  

17. Apabila  selesai, dia mula untuk memberitahu keajaiban yang beliau telah alami dalam keadaan beliau sekarang. Beliau  menyampaikan bahawa habis semua para iblis telah datang menyemai keraguan dalam hatinya mengenai Tuhannya. Ini memori  terakhir kata-kata Sidi Fudul. 

18. Sidi Fudul menghabiskan hidupnya dengan mengajar sains Islam. Beliau adalah seorang ulama yang dihormati di Fes dan hadir pada perhimpunan ternama. Beliau mempunyai watak yang lembut, dan harus mata anda jatuh di atas mukanya, anda diingatkan Tuhan kamu.  

19. Lidahnya sentiasa lembap dengan mengingati Allah, dan dia sentiasa mempunyai masa untuk sesiapa sahaja yang memerlukan nasihat atau tahu hukum. Beliau mempunyai kedai rempah kecil di pasaran berhampiran rumahnya, dan dia boleh ditemui di sana membaca al-Quran atau membaca buku pengetahuan sementara menunggu rezekinya. 

20. Shaykh Muhammad Alawi al-Maliki, ulama besar Mekah, apabila dia melawat Maghribi, akan sentiasa melawat Sidi Fudul di rumahnya di Fes.

21. Bagi yang mencari ilmu umpama seperti bulu burung  berduyun-duyun bersama-sama, para wali mencari tempat perlindungan dalam kesatuan ilmu antara satu sama lain.
-email: drmarzuki@gmail.com. Untuk segala pertanyaan. 
 


Friday, October 19, 2012

MEMBULATKAN TEKAD

1.  Saya ingn menarik perhatian pembaca dalam surah Ali Imran (3):159) Allah s.w.t. berfirman: "Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah."

2. Ini perjuangan dalam kehidupan harian kita iaitu apabila kita melakukan sesuatu hendaknya kita menyerah kepada Allah, dan kita jangan mundur, berjuang hingga walau apa pun yang terjadi.

Membulatkan tekad: Berjuang terus.
3. Watak jiwa kita harus ditingkatkan dengan gelora dan semangat untuk berjaya dan jadikan nikmat untuk sukses. Jangan semangat itu kendur apabila kita ditimpa sedikit cabaran duka. Meski gagal datang salih berganti, namun diakhir perjuangan kemenangan pasti akan menjadi.

4. Element sukses amat menarik perhatian saya untuk dikutip dari peristiwa sejarah agama kita iaitu kejadian kegagalan umat Islam dalam perang Uhud. Kejayaan pertama tentera Islam  ketika perang Badar dengan jumlah tentera Islam yang sedikit iaitu 300 orang manakala tentera  Abu Jahal 1000 orang dengan nisbah 1:3.

Pahit getir dalam perjuangan khususnya
dunia usahawan kita jangan sekali berundur.

5. Kerana terpukul dengan kekalahan dalam Perang Badar, menyebabkan kaum kafir di Mekah iaitu terdiri dari kabilah dan saudagar-saudagar ingin menebus kegagalan tersebut dan dengan kekuatan tentera 3000 telah bertolak ke Jabal Uhud untuk menentang umat Islam di Madinah. Kekuatan tetera Islam hanya 1500 itu pun ada yang lari dari berjuang dengan Rasulullah s.a.w hanya tinggal 700 orang berjuang bersama nabi.

6. Perang Uhud berawal dari kenangan pahit yang dideritai oleh oleh orang-orang kafir Quyraisy setahun sebelumnya iaitu kalah dalam perang Badar di mana kaum muslimin  berjaya membunuh 70 orang dan kaum muslimim pulang ke Madinah dengan bersuka-cita dan orang kafir menaruh dendam.

7. Mengambil pelajaran dari kisah Uhud ialah apabila tentera Islam telah berjaya mengalahkan kafir Quraisy dengan sabahat Rasulullah s.a.w, Abdullah bin Jubair pemimpin pasukan memanah menyerang bertubi-tubi di atas bukit seperti yang diarahkan oleh Rasulullah s.a.w hingga menyebabkan tentera kafir lari. 

8. Melihat tentera kafir telah berlarian, pasukan memanah  beranjak dari atas bukit itu untuk mengejar harta rampasan perang. Mereka telah mengingkari wasiat Rasulullah s.a.w supaya tidak turun dari bukit sehingga musuh benar-benar kalah. 

9. Larangan dari Abdullah Jubair tidak dihiraukan sehingga Khalid ibn al-Walid yang ketika itu masih belum memeluk Islam yang memimpin pasukan berkuda kaum kafir Quraisy, melihat tindakan pasukan pemanah turun ke bawah, segera dia mendekati bukit dari arah belakang pasukan pemanah, merayap naik bukit dan membunuh Abdullah Jubair yang ditinggalkan keseorangan. Dari atas bukit itu juga tentera musuh memanahi pasukan pemanah Rasulullah s.a.w yang sedang menurun bukit. 

10. Pasukan memanah yang memikirkan harta rampasan bakal menjadi milik mereka terkejut serangan mendadak dari Khalid ibn al-Walid. Menyesal tidak ikut pesanan Rasulullah s.a.w dan Abdullah Jubair.  Pasukan kaum muslimin yang hampir menang menjadi kucar-kacir dan ramai yang gugur satu persatu.

11. Ada tentera Islam lari pulang ke Madinah melalui ladang kurma, hanya tinggal Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang lain melawan serangan musuh.

12. Jelas sikap tamak dan tidak ada sifat kesabaran, element untuk berjaya tidak lagi mampu dibendung kerana nasfu untuk cepat mendapat laba. Lupa bahawa itu hanya sementara dan masih belum ada kondisi yang kukuh. 

13. Justeru akibatnya membiarkan kemenangan yang sudah di depan mata berubah menjadi kekalahan. Ikhtibar daripada perang Uhud ialah untuk meraih sesuatu kesenangan atau harta,  kita tidak boleh tamak, dan harus ikut perancangan awal sekalipun kita sudah melihat hasil yang kita capai kerana kemungkinan hasil itu belum lagi matang. Sabar adalah penting.

14. Kisah perang Uhud adalah kisah menarik. Penting untuk diperhatikan. Menempuh pahit getir dalam perjuangan khususnya dunia usahawan jangan kita sekali berundur, sekalipun  kita diasak dengan pelbagai kesulitan, seperti kewangan, ancaman famili, hutang, ejekkan dan sebagainya yang mana semua ini adalah persiapan untuk untuk sukses. Harus rasional memikir dengan tenang dan strategi yang lebih tuntas atau komprehensif.

15. Semua itu ujian agar kita bersyukur dengan kesempitan yang kita alami dan kita hendaklah bersabar seperti mana ada 90 ayat berkaitan sabar dalam Al Quran. Orang yang bersabar pasti akan berjaya seperti dijanjikan oleh Allah s.w.t. 

16. Mari kita bekerja keras membulatkan tekad, berusaha dan bersabar sudah tentu ada masa depan dan kejayaan.
Untuk sebarang pertanyaan sila-email: drmarzuki@gmail.com

Saturday, October 13, 2012

KEKUATAN CINTA

1. Saya ingin terbang ke planet ‘55 Cancri e’ yang mengorbit bintang seperti matahari dalam buruj Cancer. Pergerakkan planet yang terlalu pantas hingga tempoh setahun hanya mengambil masa kira-kira 18 jam. 

2. Saya mahu ke sana, planet yang penuh meliputi berlian,  planet lebih besar dari bumi. Planet berlian yang suhu permukaannya 1,648 celcius. Biar berdebu jasad, saya ingin mengambil segunung berliannya. 

Planet ‘55 Cancri e’
3. Ingin diagihkan pada mereka yang hidup dalam kesusahan, mengubah nasib mereka yang begitu lama tidak dipedulikan.

4. Kehidupan adalah memenuhi ruang bumi. Cita-cita agar esok ada makanan dan keperluan harian. Angan-angan menjalar jika ada runtuhan rezeki dari langit. 

5. Kita jangan menjadi orang susah, bekerja keras dan sering berdoa gunakan akal, berfikir dengan bijaksana untuk mengubah kehidupan dari kesusahan dan kesempitan.

6. Perjalanan panjang kesusahan dan kesempitan menyuruh kita bersabar. Setiap kesusahan pasti ada jalan keluar. Apa yang pasti kita tidak mudah putus asa dan sentiasa berfikir dan tidak mati dalam ikhtiar. 

7. Kekuatan cinta pada Allah ketika kita dalam ujian amat bermakna. Berusahalah memandang sesuatu dengan jernih. Perhatikan waktu kita telah berapa banyak kita munajat padanya.

Wednesday, September 19, 2012

JANGAN TANGGUH UNTUK BERJAYA: MULALAH WALAUPUN KECIL

1. Allahlah yang melindungi saya, mengajarkan ilmu dan menyingkapkan rahsia-rahsia ilmu kepada saya sehingga saya sampai kepada pengetahuanNya.

2. Dia mengurniakan ketenteraman bathin yang luar biasa saat saya khusyuk bermunajat padanya. Pada saat itulah Dia memperlihatkan kepada saya tentang keagunganNya. Kerana ilmuNya sering saya terbangun malam untuk menggapai kenikmatan munajat kepadaNya.

3. Namun begitu tak semua malam saya sanggup, padahal saya dalam kedudukan sihat. Andaikata  kerana bukan petunjuk ilmu yang menegaskan bahawa malam itu jika bertahajud yang semua itu latihan dan pematangan bagi jiwa sudah pasti saya sudah putus asa untuk memaksa melakukannya.

4. Syukurlah semua harapan saya telah  seimbang dengan rasa takut kepadaNya yang selalu saya pelihara.

5. Keazaman yang kuat jangan  bertangguh untuk berjaya dengan  mencari jalan terbaik dengan mengambil contoh daripada mereka yang berjaya adalah sebagai langkah kita untuk memulakan sesuatu yang terbaik. Saya memulai dengan sedikit melakukan yang terbaik. Sekali kecil tetapi saya sudah memulainya. 

6. Dalam kehidupan untuk berjaya kita harus mencari rahsianya. Laksanakan apa yang ada dalam fikiran, berjuang terus dan harus banyak bersabar.

7. Apabila saya ingin sesuatu saya kuat berazam, berdoa yang tidak putus-putus sekalipun gagal saya tidak mengeloh dan pemikiran saya dikondisi yng positif. Saya yakin setiap apa yang saya buat akan tercapai.

8. Pelbagai testimoni yang saya lakukan berhasil. Saya bayangkan apa yang ingin dan saya sering bercakap dan berdoa hasrat saya itu setiap hari sehingga berhasil. Imiganasi hasrat kita itu dengan cara latihan sebelum dan selepas bangun tidur itu yang saya lakukan. Tuhan maha kaya bagi pada kita apabila kita  berhasrat kepada sesuatu dan jarang Dia mengecewakan kita. 

9. Untuk berjaya mulalah sesuatu walaupun kecil kerana ramai orang yang berjaya di dunia ini bermula dari kecil akhirnya mereka menjadi lagenda. Berdoalah kerana Allah tidak menghampakan doa mereka yang memohon padanya.


Saturday, September 15, 2012

BERSYUKUR DAN JANGAN PERNAH MENGELUH

1. Apa yang kita ada? Bandingkan dengan orang lain adakah mereka lebih baik atau lebih teruk daripada kita?

2. Kehidupan ini semua yang kita ada sudah barangkali kita merasa tidak mencukupi sebab kita asyik melihat kita sahaja. Kita tidak melihat orang susah yang hidupnya lebih berkali ganda susah daripada kita.

3. Kita masih kuat, kesihatan masih utuh itu sudah pasti kita bersyukur. Kita melihat orang lain sudahlah hidup hariannnya susah berpenyakit pula, rumah usang, makan sekadar apa yang ada. Kita masih sihat, masih boleh berkereta besar dan bergelak ketawa dengan kawan-kawan di cafe-cafe sekalipun  kita merasa sempit dari segi kewangan.

4. Kita hanya sempit tetapi kita boleh mencari jalan keluar, dibandingkan dengan mereka yang lain susah lagi menderita,

5. Namun mereka tidak pernah mengeluh malahan bersyukur dengan nikmat Allah berikan dibandingkan dengan kita asyik menyebut tidak cukup. Perkara rezeki dan kehidupan yang mencukupi terlalu subjebtif sukar untuk dibuat kayu ukuran.

6. Untuk itu bagaimana formula kita untuk mencukupi kehidupan kita. Rezeki yang berpanjangan tidak tersekat-sekat. Seperti dalam tulisan saya yang lepas banyak sekali saya bercakap berkenaan sedekah. 

7. Sedekah pokok utama untuk kelangsungan kehidupan kita, perniagaan kita.

8. Saya ingin mengutip kisah menarik tentang pengasas Bank Al Rajhi yang kini mempunyai 24 cawangan di Malaysia iaitu Sulaiman Al Rahji, jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia. Pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.

9. Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia. Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan hari ini  meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan. 

10. Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun. Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.

11.  Katanya yang "saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. 

12. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. 

13. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin. Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut".

14. Kisah menarik Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. 

15. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” 

16. Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.” 

17. Beliau tidak mempunyai pesawat peribadi dan sering membawa buku cacatan. Tidak mempunyai hobi khusus.

18.  Inilah yang penting dalam kehidupan seorang usahawan agar kita bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Kita harus  bersabar dalam membawa usaha kita sukses. Banyak bersedekah. Berlandaskan agama adalah jalan terbaik kerana semua kekayaan dunia telah ada dalam Al Quran. Kita hanya tidak menggali kerana otak kita masih ikut acuan buku lama.

19. Yakinlah usaha kita, iaitu Allah dan Allah dan akhirnya Allah untuk sukses. Jangan kita remehkan potensi hidup kita.  
-email: drmarzuki@gmail.com untuk pengetahuan dam tips sukses anda selanjutnya.