1. Apa yang kita ada? Bandingkan dengan orang lain adakah mereka lebih baik atau lebih teruk daripada kita?
2. Kehidupan ini semua yang kita ada sudah barangkali kita merasa tidak mencukupi sebab kita asyik melihat kita sahaja. Kita tidak melihat orang susah yang hidupnya lebih berkali ganda susah daripada kita.
3. Kita masih kuat, kesihatan masih utuh itu sudah pasti kita bersyukur. Kita melihat orang lain sudahlah hidup hariannnya susah berpenyakit pula, rumah usang, makan sekadar apa yang ada. Kita masih sihat, masih boleh berkereta besar dan bergelak ketawa dengan kawan-kawan di cafe-cafe sekalipun kita merasa sempit dari segi kewangan.
4. Kita hanya sempit tetapi kita boleh mencari jalan keluar, dibandingkan dengan mereka yang lain susah lagi menderita,
5. Namun mereka tidak pernah mengeluh malahan bersyukur dengan nikmat Allah berikan dibandingkan dengan kita asyik menyebut tidak cukup. Perkara rezeki dan kehidupan yang mencukupi terlalu subjebtif sukar untuk dibuat kayu ukuran.
6. Untuk itu bagaimana formula kita untuk mencukupi kehidupan kita. Rezeki yang berpanjangan tidak tersekat-sekat. Seperti dalam tulisan saya yang lepas banyak sekali saya bercakap berkenaan sedekah.
7. Sedekah pokok utama untuk kelangsungan kehidupan kita, perniagaan kita.
8. Saya ingin mengutip kisah menarik tentang pengasas Bank Al Rajhi yang kini mempunyai 24 cawangan di Malaysia iaitu Sulaiman Al Rahji, jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia. Pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.
9. Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh
majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan
sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi
kaya, dan hari ini meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi
kejayaan.
10. Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun. Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.
11.
Katanya yang "saya miliki hanyalah pakaian-pakaian
saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan
selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh
bagi saya.
12. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali
dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan
itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan.
13. Sememangnya saya yang
memilih untuk menjadi miskin. Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk
menjaga kekayaan tersebut".
14. Kisah menarik Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang
diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk
memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut
Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang
laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada
pihak berkuasa.
15. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah
lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi
syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar,
kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan
memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa
dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang
terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan
membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.”
16. Perkara yang
sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut
kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek
tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau
terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.”
17. Beliau tidak mempunyai pesawat peribadi dan sering membawa buku cacatan. Tidak mempunyai hobi khusus.
18. Inilah yang penting dalam kehidupan seorang usahawan agar kita bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Kita harus bersabar dalam membawa usaha kita sukses. Banyak bersedekah. Berlandaskan agama adalah jalan terbaik kerana semua kekayaan dunia telah ada dalam Al Quran. Kita hanya tidak menggali kerana otak kita masih ikut acuan buku lama.
19. Yakinlah usaha kita, iaitu Allah dan Allah dan akhirnya Allah untuk sukses. Jangan kita remehkan potensi hidup kita.
-email: drmarzuki@gmail.com untuk pengetahuan dam tips sukses anda selanjutnya.

No comments:
Post a Comment