Saturday, January 14, 2012

KEBERANIAN DAN KESULITAN

1. Modal pertama dalam dunia perniagaan adalah keberanian. Sifat inilah harus ada dalam diri seseorang sekiranya ingin berniaga. Jangan kata mahu berniaga perlu modal yang besar. Keberanian adalah separuh daripada modal kita. Kalau keberanian hilang separuh dari modal hilang. 

2.  Untuk menjadi usahawan jangan sekali ada sikap negatif. Kena tanamkan sifat-sifat positif dan yakin apa yang diusahakan akan mendapatangkan hasil, tetapi bukan hanya sekelip mata. Setiap usaha usahawan akan bertemu jalan kesulitan. Malah kita kena cari kesulitan kerana disitu akan ada kemudahan. Kerjakanlah dengan sungguh-sungguh sesuatu urusan itu dan pasti akan melapangkan dada kita, meringankan beban  apabila kejayaan tersedia di depan kita.

3. Ramai yang berjaya  bermodalkan keberanian dan kesulitan. Dalam mencipta kejayaan tidak ada jalan mudah. Menjadi usahawan perlu berani, belapar, dikeji saudara mara, teman-teman serta masyarakat sekeliling sebelum kita dimunculkan dengan status kejayaan seperti melihat pejabat yang cantik, pekerja yang ramai. Lebih menjadi mercu kejayaan yang dilihat oleh masyarakat sekeliling ialah apa kita pakai; baju, jam tangan dan lebih menonjol kereta jenis apa kita gunakan? Inilah gambaran usahawan berjaya?

4. Ciri-ciri tersebut perlu ada dan jangan kita berlengah, kita kena tanamkan sifat berani, cari kesulitan. Mulakan perniagaan dengan meletakkan kepercayaan orang kepada kita. Setiap bait kata-kata kita adalah kepercayaan. Pembeli dan pembekal tidak akan percaya kalau kata-kata kita berubah-ubah seperti mana kita janjikan.

5. Apa yang saya lihat untuk menjadikan usahawan yang berjaya kita harus setiap masa belajar dari pengalaman, dan jangan sesekali membuat pelbagai jenis perniagaan. Setiap usahawan perlu beri tumpuan kepada satu jenis perniagaan yang dia mahir, Jangan mudah terpengaruh dengan perniagaan yang cepat mendatangkan keuntungan. Tidak ada jalan singkat untuk berjaya dan kaya.
 




No comments:

Post a Comment