1. Dunia masih terang dan kehidupan perlu diteruskan sekalipun kesulitan kita hadapi. Marilah kita menjawab kehidupan ini sebagai hidup seorang mukmin.
2. Diluar kehidupan harian kita masih ramai yang hidupnya dalam kesempitan. Kita masih boleh bersyukur kerana diberikan kekuatan dan akal untuk terus berjuang untuk berjaya. Kita diberikan kekuatan untuk bekerja keras dan yakin dengan masa depan kita. Kita tidak perlu mengeluh dengan sedikit cubaan Allah berikan kepada kita.
3. Kita masih ada isteri, anak, rumah dan kenderaan yang selesa. Sedikit kesempitan tidak melemahkan kita, kerana perjalanan kita masih jauh dan perjuangan kita untuk berjaya dalam dunia usahawan harus mempunyai kekuatan dalaman dan perlu berhadapan dengan cabaran baru untuk kita mampu berjaya.
4. Kenapa hari-hari dalam fikiran kita masih memikir soal duit? Apakah faktor duit membolehkan kita terus hidup? Marilah kita berubah jangan memikir soal duit diangka pertama. Duit juga tidak memungkinkan kita untuk terus hidup bahagia. Tetapi bagaimana kita ingin memandu kehidupan ini dengan lebih selesa? Benarkah duit menjanjikan kehidupan kita bahagia?
5. Ada lagi pihak yang perlu kita utamakan untuk semua kebahagian kehidupan itu dan akhirnya duit akan mengalir kepada kita dengan cara yang mudah dan kita tidak menyangka sama sekali. Duit bukan nafas kehidupan kita tetapi duit memberikan perjalanan hidup kita lebih terurus.
6. Kita perlu merubah fikiran kita dengan cara baru dan tindakan yang lebih cerdas dengan menjadikan dalaman diri kita lebih berfungsi. Apakah tindakan kita?
7. Sebelum itu saya ingin membawa cerita mengenai ramai teman dan kenalan dalam dunia kehidupan mereka bercelaru bila mereka menjadikan duit sebagai nafas kehidupan. Memberikan makan anak dan isteri dari duit yang tidak halal. Ada pegawai polis yang menerima wang bilik-bilik karaoke, wang dari tilam-tilam empuk spa dan rumah urut.
8. Ada anaknya menjadi penagih dadah sehingga ditangkap untuk menyelesaikan masalah anaknya sebagai pegawai yang besar terpaksa melutut dan sedikit merayu kepada anggota yang hanya berjawatan jauh lebih rendah daripadanya. Usaha untuk menyelamatkan maruah dan masa depan anaknya.
9. Tetapi dia lupa bahawa semua itu bukan salah anaknya tetapi darah yang mengalir dalam badan anaknya itu adalah darah dari duit yang kurang jelas salurannya.
10. Kisah kedua, Zul yang bekerja dengan sebuah syarikat telekomunikasi besar sering mengambil wang bawah meja. Anaknya bekerja sebagai jururawat dikahwin pun disuruh pihak kontraktor membayar PA system, canopy dan sebagainya kerana dia sudah meluluskan projek jadi sebagai imbalan dia mahu selesaikan kenduri kahwin anaknya.
11. Sembilan bulan anaknya pun mengandung tetapi cucu barunya dilahirkan mengidap penyakit lukemia dan akhirnya meninggal. Zul tidak sempat melihat cucunya. Anaknya itu juga akhir diceraikan suami tidak sampai setahun berkahwin. Hukum karma hasil perbuatannya mengambil duit gelap.
12. Mereka masih tidak sedarkan diri masih melayan cara hidup lama dan duit dijadikan nafas kehidupan.
13. Mengambil kisah itu marilah kita berubah dari soal duit kita kembali kepada kurnia Allah, jadikan hidup ini perjalanan bersama Allah.
14. Ditangan kita adalah sembahyang, dihati kita Allah. Buatlah amalan dan yakin setiap detik hidup kita bersama Allah. Jangan kita runsing tidak berduit, jangan kita takut dengan kelaparan apa yang utama letakkan keyakinan sepenuhnya kepada Allah.
15. Melakukan setiap kerja dengan jujur, ikhlas dan amanah. Sudah tentu aliran kehidupan kita akan mudah dan kita akan melihat hasil yang menakjubkan dan kita lebih tenang, aman dan diberkati.
16. Tetapi bagaimana caranya. Tujuh perkara yang perlu kita lakukan dan sudah pasti kita akan mendapat hasil yang menakjubkan.
17. Apakah perkara tersebut. 1. Sembahyang sunat sebelum dan selepas wajib; 2. Sembahyang sunat Witir; 3. Sembahyang sunat tahajud; 4; Membaca surah Yasin; 5. Membaca surah Al Waqiah; 6. Sembahyang sunat Dhuna; 7. Memberi sedekah.
18. Semua amalan ini Allah akan mengurniakan kita kehebatan, kemuliaan, malahan duit dengan mudah mengalir kepada kita. Yakinlah sebab Allah telah menjanjikan kepada kita.
19. Memberi sedekah seperti perkara tujuh amat diperlukan dan jangan kita keliru dan takut tidak berwang. Untuk mendapatkan sesuatu bila kita dalam kesempitan hendaklah kita memberikan sesuatu kepada Allah.
20. Pinjamkanlah wang kepada Allah sudah pasti akan dibayar sepuluh kali ganda hingga kepada tujuh ratus kali ganda. Buat dan amalkan dengan mencari kurnia Allah sudah tentu anda akan sukses.
No comments:
Post a Comment