Wednesday, September 19, 2012

JANGAN TANGGUH UNTUK BERJAYA: MULALAH WALAUPUN KECIL

1. Allahlah yang melindungi saya, mengajarkan ilmu dan menyingkapkan rahsia-rahsia ilmu kepada saya sehingga saya sampai kepada pengetahuanNya.

2. Dia mengurniakan ketenteraman bathin yang luar biasa saat saya khusyuk bermunajat padanya. Pada saat itulah Dia memperlihatkan kepada saya tentang keagunganNya. Kerana ilmuNya sering saya terbangun malam untuk menggapai kenikmatan munajat kepadaNya.

3. Namun begitu tak semua malam saya sanggup, padahal saya dalam kedudukan sihat. Andaikata  kerana bukan petunjuk ilmu yang menegaskan bahawa malam itu jika bertahajud yang semua itu latihan dan pematangan bagi jiwa sudah pasti saya sudah putus asa untuk memaksa melakukannya.

4. Syukurlah semua harapan saya telah  seimbang dengan rasa takut kepadaNya yang selalu saya pelihara.

5. Keazaman yang kuat jangan  bertangguh untuk berjaya dengan  mencari jalan terbaik dengan mengambil contoh daripada mereka yang berjaya adalah sebagai langkah kita untuk memulakan sesuatu yang terbaik. Saya memulai dengan sedikit melakukan yang terbaik. Sekali kecil tetapi saya sudah memulainya. 

6. Dalam kehidupan untuk berjaya kita harus mencari rahsianya. Laksanakan apa yang ada dalam fikiran, berjuang terus dan harus banyak bersabar.

7. Apabila saya ingin sesuatu saya kuat berazam, berdoa yang tidak putus-putus sekalipun gagal saya tidak mengeloh dan pemikiran saya dikondisi yng positif. Saya yakin setiap apa yang saya buat akan tercapai.

8. Pelbagai testimoni yang saya lakukan berhasil. Saya bayangkan apa yang ingin dan saya sering bercakap dan berdoa hasrat saya itu setiap hari sehingga berhasil. Imiganasi hasrat kita itu dengan cara latihan sebelum dan selepas bangun tidur itu yang saya lakukan. Tuhan maha kaya bagi pada kita apabila kita  berhasrat kepada sesuatu dan jarang Dia mengecewakan kita. 

9. Untuk berjaya mulalah sesuatu walaupun kecil kerana ramai orang yang berjaya di dunia ini bermula dari kecil akhirnya mereka menjadi lagenda. Berdoalah kerana Allah tidak menghampakan doa mereka yang memohon padanya.


Saturday, September 15, 2012

BERSYUKUR DAN JANGAN PERNAH MENGELUH

1. Apa yang kita ada? Bandingkan dengan orang lain adakah mereka lebih baik atau lebih teruk daripada kita?

2. Kehidupan ini semua yang kita ada sudah barangkali kita merasa tidak mencukupi sebab kita asyik melihat kita sahaja. Kita tidak melihat orang susah yang hidupnya lebih berkali ganda susah daripada kita.

3. Kita masih kuat, kesihatan masih utuh itu sudah pasti kita bersyukur. Kita melihat orang lain sudahlah hidup hariannnya susah berpenyakit pula, rumah usang, makan sekadar apa yang ada. Kita masih sihat, masih boleh berkereta besar dan bergelak ketawa dengan kawan-kawan di cafe-cafe sekalipun  kita merasa sempit dari segi kewangan.

4. Kita hanya sempit tetapi kita boleh mencari jalan keluar, dibandingkan dengan mereka yang lain susah lagi menderita,

5. Namun mereka tidak pernah mengeluh malahan bersyukur dengan nikmat Allah berikan dibandingkan dengan kita asyik menyebut tidak cukup. Perkara rezeki dan kehidupan yang mencukupi terlalu subjebtif sukar untuk dibuat kayu ukuran.

6. Untuk itu bagaimana formula kita untuk mencukupi kehidupan kita. Rezeki yang berpanjangan tidak tersekat-sekat. Seperti dalam tulisan saya yang lepas banyak sekali saya bercakap berkenaan sedekah. 

7. Sedekah pokok utama untuk kelangsungan kehidupan kita, perniagaan kita.

8. Saya ingin mengutip kisah menarik tentang pengasas Bank Al Rajhi yang kini mempunyai 24 cawangan di Malaysia iaitu Sulaiman Al Rahji, jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia. Pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.

9. Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia. Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan hari ini  meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan. 

10. Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun. Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.

11.  Katanya yang "saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. 

12. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. 

13. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin. Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut".

14. Kisah menarik Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. 

15. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” 

16. Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.” 

17. Beliau tidak mempunyai pesawat peribadi dan sering membawa buku cacatan. Tidak mempunyai hobi khusus.

18.  Inilah yang penting dalam kehidupan seorang usahawan agar kita bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Kita harus  bersabar dalam membawa usaha kita sukses. Banyak bersedekah. Berlandaskan agama adalah jalan terbaik kerana semua kekayaan dunia telah ada dalam Al Quran. Kita hanya tidak menggali kerana otak kita masih ikut acuan buku lama.

19. Yakinlah usaha kita, iaitu Allah dan Allah dan akhirnya Allah untuk sukses. Jangan kita remehkan potensi hidup kita.  
-email: drmarzuki@gmail.com untuk pengetahuan dam tips sukses anda selanjutnya.



Thursday, September 13, 2012

UNTUK HIDUP LEBIH BAIK

1. Jadikan diri kita hidup sepanjang masa. Apa yang kita fikir itulah kehidupan kita. Kita ingin hidup di dunia dengan lebih baik dan selesa tetapi kita tidak berfikiran besar untuk mencipta masa depan dengan mengubah kelemahan kita.

2. Tidak ada jalan mudah untuk berjaya. Pengorbanan penting serta meletakkan keyakinan, berusahalah dan satu hari kita pasti akan hidup lebih baik.

3. Jadi apakah tindakan kita untuk hidup lebih baik? Perlu dingat jika kita orang susah, miskin dan tidak punya harta seharusnya kita mencari sedikit ilmu untuk mengubah masa depan kita. Bergeraklah mencari sesuatu yang baru dengan pengorbanan yang besar.

4. Caranya ialah kita perlu menukar pemikiran kita kerana dengan mengubah pemikiran sudah tentu kita boleh mengubah hidup kita.

5. Berfikir positif adalah kuasa yang besar untuk mengubah masa depan kita. Berfokoslah kepada  hal yang lebih kita suka. Penting untuk belajar dari orang lain tetapi dengan lebih seimbang dan positif. 

6. Fikiran kita sangat penting kerana mampu membentuk keyakinan kita untuk menjadi orang berjaya dan keluar dari kemiskinan, kerana kita tidak boleh menyerah hidup kepada pemikiran negatif. Berkawanlah dengan orang yang bersedia memberikan ikatan dan hubungan yang positif. Bersikaplah jangan menyalahkan orang lain

7. Hidup untuk lebih baik sudah tentu perlu panduan dari Allah? Inilah jalan-jalan awal, lagi dan akhir yang semua berpaksikan Allah. Semuanya adalah nilai-nilai apa yang anda ingin kerana dengan pertolongan Allah yang memerlukan pengobanan kita mampu untuk kita hidup lebih baik. Tannya Tuhan mintalah pada Tuhan.

8. Percayalah hanya suara dalaman saja mampu mengubah masa depan kita.