1. Jadikan diri kita hidup sepanjang masa. Apa yang kita fikir itulah kehidupan kita. Kita ingin hidup di dunia dengan lebih baik dan selesa tetapi kita tidak berfikiran besar untuk mencipta masa depan dengan mengubah kelemahan kita.
2. Tidak ada jalan mudah untuk berjaya. Pengorbanan penting serta meletakkan keyakinan, berusahalah dan satu hari kita pasti akan hidup lebih baik.
3. Jadi apakah tindakan kita untuk hidup lebih baik? Perlu dingat jika kita orang susah, miskin dan tidak punya harta seharusnya kita mencari sedikit ilmu untuk mengubah masa depan kita. Bergeraklah mencari sesuatu yang baru dengan pengorbanan yang besar.
4. Caranya ialah kita perlu menukar pemikiran kita kerana dengan mengubah pemikiran sudah tentu kita boleh mengubah hidup kita.
5. Berfikir positif adalah kuasa yang besar untuk mengubah masa depan kita. Berfokoslah kepada hal yang lebih kita suka. Penting untuk belajar dari orang lain tetapi dengan lebih seimbang dan positif.
6. Fikiran kita sangat penting kerana mampu membentuk keyakinan kita untuk menjadi orang berjaya dan keluar dari kemiskinan, kerana kita tidak boleh menyerah hidup kepada pemikiran negatif. Berkawanlah dengan orang yang bersedia memberikan ikatan dan hubungan yang positif. Bersikaplah jangan menyalahkan orang lain
7. Hidup untuk lebih baik sudah tentu perlu panduan dari Allah? Inilah jalan-jalan awal, lagi dan akhir yang semua berpaksikan Allah. Semuanya adalah nilai-nilai apa yang anda ingin kerana dengan pertolongan Allah yang memerlukan pengobanan kita mampu untuk kita hidup lebih baik. Tannya Tuhan mintalah pada Tuhan.
8. Percayalah hanya suara dalaman saja mampu mengubah masa depan kita.
No comments:
Post a Comment